Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tin.dih] | برتينديه

Definisi : 1. bersusun yg satu di atas yg lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama atau serupa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tin.dih] | برتينديه

Definisi : 1 bersusun yg satu di atas yg lain; berlapis(-lapis): Pinggan kotor ~-tindih di dapur. 2 berasak-asak kerana orang terlalu banyak atau tem­pat terlalu sempit: Penumpang dlm bas itu ~-tindih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertindih

Puisi
 

Pokok keduduk bercabang tiga,
     Akar palas bersimpul pulih;
Sungguh duduk bertindih riba,
     Jangan diharap kata nak boleh.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Jika berpuluh-puluh kali batang beralih (= bertindih),
     cacing di bawah juga.

Bermaksud :

Walaupun orang besar-besar silih berganti datang dan perginya, namun rakyat tetap seperti itu juga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
konfigurasi asal. (BIO) chromosome walk (berjalan atas kromosom) Kaedah pengklonan gen dengan menggunakan satu jujukan DNA yang telah diklon sebagai prob. Kaedah ini digunakan untuk mencari jujukan klon genom yang bertindih hingga ke jujukan DNA yang dikehendaki. (BIO) churada (churada) Hujan badai yang lebat di Kepulauan Mariana (Lautan Pasifik Barat) semasa chondroclast churada Kamus Sains.indb 206 7/8/08 11 merayap) Gelombang yang merambat dengan halaju yang sangat rendah. (FIZ) crib dam (empangan landas) Empangan yang dibina daripada kerangka kayu atau konkrit pratuang yang saling mengunci. Bahan ini akan disusun bertindih dan di dalam ruang ko- songnya diisi dengan tanah dan batuan. (KEJ) cribbing (anduh balak) 1. Rakit balak, sebahagian daripada rakit balak atau bum kayu balak. 2. Kayu balak pendek

Kembali ke atas