Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dam.ping] | دمڤيڠ

Definisi : 1. dekat: jauh di mata, ~ di hati; 2. rapat, karib, dekat (bkn hubungan per­sahabatan, persaudaraan, dsb): persahabatan­nya itu semakin lama semakin rapat dan ~; kerabat yg ~; berdamping, berdampingan 1. berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), berdekatan, be­rapat-rapat: dia hanya ingin ~ dgn Busu; 2. bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau mengusahakan sesuatu): dia harus ~ serapat-rapatnya dgn saudaranya dlm usaha menyelesaikan masalah itu; mendampingi 1. berada rapat dgn atau di sisi (seseorang), menemani, mengawani: apa­bila keluar rumah gadis itu didampingi adiknya; di majlis itu dia sentiasa ~ gadis yg dicintainya itu; 2. datang atau pergi utk ber­ada dekat dgn atau di sisi (seseorang), meng­hampiri hingga berada di sisi; 3. berada di kalangan (rakyat dll), tidak menyisihkan (meng­asingkan) diri drpd, bergaul dgn: wakil rakyat perlu ~ rakyat; 4. mendekatkan atau menghampirkan diri dgn: mereka tidak ~ al-Quran sbg kitab petunjuk; mendampingkan 1. meletakkan (men­du­duk­kan dsb) berdekatan, merapatkan: kedua-dua pengantin itu didampingkan di atas pelamin; 2. mengeratkan hubungan: negeri di utara masih ~ diri dgn monarki Chow; kedampingan ark kerapatan, kekariban (per­­hubungan dsb), keeratan; perdampingan perihal berdamping: oleh sebab ~nya yg ikhlas ini, mandur besar sayang kepadanya. pendampingan perihal mendampingi atau mendampingkan: kelainan ~ berlaku apabila pemilihan dan penggantian itu tidak normal; pendamping orang yg sering mendampingi seseorang (biasanya dapat memberikan na­sihat, semangat, panduan dsb): kedudukan wanita sbg ~ suami; ~ bahasa orang yg turut serta dlm sesuatu perbincangan dsb utk mem­berikan nasihat, panduan dsb dr segi linguistik atau kebahasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dam.ping] | دمڤيڠ

Definisi : Mn berpencak beramai-ramai membuat sebuah lingkungan disertai nya­nyian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dam.ping] | دمڤيڠ

Definisi : bp (amalan) menjual barang (biasanya dgn banyaknya) dgn harga yg jauh lebih murah di negeri orang drpd di negeri sendiri, lambakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dam.ping] | دمڤيڠ

Definisi : dekat; hampir; karib: Dua orang sahabat itu amat ~. berdamping 1 berada dekat (dgn); berdekat; berapat-rapat: Dia ~ dgn adiknya semasa menonton televisyen. 2 bergaul; bercampur: Jangan sekali-kali ~ dgn orang jahat. berdampingan 1 berada dekat dgn; berdekatan; berhampiran: Mereka berjalan ~. 2 bersama-sama; bergandingan: Bangsa-bangsa asing hidup ~ dgn bangsa Melayu di Malaysia ini. mendampingi mengikut serta atau menyertai dekat-dekat; menemani: Dia selalu ~ gadis itu. mendampingkan membuat (meletakkan dll) supaya berdekatan; merapatkan: Kanak-kanak itu ~ boneka kpdnya. perdampingan keadaan berdamping: ~ dua sahabat itu semakin hari semakin rapat. pendamping orang yg sering mendampingi seseorang, biasanya yg dpt memberikan nasihat, panduan, manaikkan semangat dsb. ~ bahasa orang yg turut serta dlm sesuatu perbincangan utk memberikan nasihat, panduan dsb dr segi kebahasaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata damping


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
yang menyatakan darjah kerosakan formasi atau darjah pemulihan for- masi. Nilainya sama dengan satu ditolak dengan nisbah keadaan. (KEJ) damped wave (gelombang terlembap) Gelombang yang amplitudnya berkurangan dengan masa. (FIZ) damping (redaman) 1. Kawalan pergerakan jarum meter pengukur supaya berhenti dengan cepat dan tidak berayun apabila digunakan. 2. Pengurangan amplitud dalam litar tertala secara beransur-ansur dise- babkan lesapan tenaga dalam perintang. (KEJ) damping force (daya redaman) Lihat retarding force. (FIZ) daphnia (dafnia) Sekumpulan haiwan krustasea kecil yang juga dikenali sebagai kutu air. Badan haiwan ini dilitupi oleh karapas. Haiwan ini berenang dengan bantuan

Kembali ke atas