Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dua] | دوا

Definisi : (jumlah) satu dicampur satu; bilangan di antara satu dgn tiga; 2: ~ belas 12; ~ puluh 20; ~ ratus 200. ~ sejoli dua orang kekasih yg sangat rapat dan hidup bahagia. ~ serangkai dua orang yg terlalu rapat. haiwan ~ alam haiwan yg dpt hidup di air dan juga di darat (katak dsb). dua-dua dua dlm satu kelompok: Buah durian itu diikat ~. berdua bersama-sama dua orang; (seorang) bersama dgn seorang lagi: Mereka ~ saja yg tinggal di rumah itu. berdua-dua tiap-tiap kali dua; dlm kelompok dua-dua: Mereka masuk ke bilik darjah ~. berdua-duaan berdua saja (tidak ada orang lain); cuma berdua: Tidak manis dipandang orang jika seorang gadis duduk ~ dgn seorang teruna. menduakan menjadikan dua; menganggap dua; menyimpan dua. ~ isteri beristeri dua. ~ suami berkhianat kpd suami (dgn melakukan zina dll). ~ Tuhan menganggap Tuhan itu ada sekutu-Nya. kedua (bilangan, peringkat dll) yg nombor dua: Tempat yg ~ dimenangi oleh Jamaluddin. kedua-dua kelompok yg terdiri drpd dua (orang dsb); dua-dua sekali: ~ budak itu kawan saya. kedua-duanya dua kesemuanya; dua-duanya: ~ pun pergilah dr situ. perdua 1 dibahagikan dgn dua: satu ~ setengah; 2 perkongsian (tanah, hasil tanaman dll). seperdua satu dibahagikan dgn dua; setengah; separuh: ~ drpd harta itu diberikan kpd isterinya. berperdua berkongsi dua; berbahagi dua: Kerbau betina itu dibela secara ~ dgn jirannya. memperdua 1 mengusahakan sawah (ternak dll) dan hasilnya dibahagi dua. 2 membahagi dua (hasil, untung dll). memperduakan menyuruh orang mengusahakan ternak (sawah dll) dgn membahagi dua hasilnya. perduaan berdasarkan atau ditandai dua benda atau dua bahagian. pendua 1 sesuatu (alat, senjata dll) yg digunakan apabila perlu: Nah! Ambillah keris ini utk jadi ~ tuan hamba. 2 salinan atau sesuatu yg dibuat serupa dgn yg asal. kertas ~ kertas utk membuat salinan surat dsb dgn menggunakan sj alat. mesin ~ mesin utk membuat salinan surat dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dua

Puisi
 

Mana berantai mana tidak,
     Berjalan dua berantai dua;
Di mana kasih di mana tidak,
     Badan satu kekasih dua.


Lihat selanjutnya...(179)
Peribahasa

Dua kali dua empat.

Bermaksud :

Sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(99)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
butadiene styrene. (KEJ) abscess (abses) Nanah yang terkumpul dalam sesuatu rongga, yang terhasil daripada degradasi tisu. (UBAT) abscissa (absisa) Salah satu koordinat pada sistem koordinat Cartesan. Dalam sistem koordi- nat dua dimensi, absisa merupakan koordinat mengufuk yang diwakili . (MAT) absolute address (alamat mutlak) Alamat yang menyatakan kedudukan fizikal sel atau kedudukan ingatan, daf- tar, atau liang input/output pada peta ingatan yang menunjukkan ukuran rintangan dalaman suatu ben- dalir terhadap alirannya. Semakin besar rintangannya, semakin besar pula koefisiennya. Rintangan ini sama dengan daya ricihan yang dinyatakan dalam dine per sentimeter kuasa dua yang diteruskan dari suatu satah bendalir ke suatu satah selari yang lain (1 sentimeter jauhnya) dan dijanakan oleh suatu perbezaan halaju bendalir mengikut arah daya tersebut. Koefisien ini berubah mengikut

Kembali ke atas