Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; bergandingan, berganding 1. berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; ~ tenaga menggunakan tenaga bersama utk melakukan sesuatu, berpadu tenaga, bekerjasama (dgn erat); mengganding 1. menarik sesuatu yg diikat di samping atau di belakang: sebuah kepala kereta api dapat ~ berpuluh-puluh gerabak; 2. memegang tangan, memimpin: orang buta itu diganding oleh seorang budak;menggandingkan, mempergandingkan 1. menghubungkan, memautkan, memper­talikan: kereta yg rosak itu digandingkan dgn sebuah lori; 2. menghubungkan, mengaitkan: kemiskinan rakyat umumnya dapat digandingkan dgn keadaan ekonomi negara; 3. membawa supaya berhampiran (berdampingan), mendekatkan: sampan itu digandingkan dgn motobot; gandingan benda yg digandingkan (di samping atau di belakang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganding I


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
atau dengan melakukan pembedahan. (BIO) cloned DNA (DNA klon) Keratan DNA yang bereplika secara pasif dalam sesuatu sel setelah dimasuk- kan ke dalam vektor pengklonan. (BIO) close-coupled roof (bumbung ganding rapat) Bumbung yang kasau utamanya disambungkan terus ke aras plat dinding. Bumbung sedemikian sesuai untuk bangunan yang mempunyai rentang tidak melebihi 3.8 m. (KEJ) closed fracture (fraktur tertutup) Patah tulang

Kembali ke atas