Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ko.so.ngan] | ککوسوڠن

Definisi : 1. perihal kosong, ketiadaan sesuatu apa atau sesuatu yg tertentu), keadaan tidak ada yg menjawatnya (mengisinya dsb): pengambilan pekerja-pekerja baru utk memenuhi ~ beberapa jawatan; ~ iman ketiada­an iman; 2. kehampaan: dia terasa ~ sekarang di dlm jiwanya kerana kehilangan orang yg sangat dikasihinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ko.so.ngan] | ککوسوڠن

Definisi : keadaan kosong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kosong (adjektif)
1. Dalam konteks bekas
bersinonim dengan tidak berisi
Berantonim dengan penuh

2. Dalam konteks angka
bersinonim dengan sifar, nol, nihil,

3. Dalam konteks ruang
bersinonim dengan tidak didiami, tidak dihuni, sunyi, sepi, lengang, hana,

4. Bersinonim dengan sambang: hampa, keropok, keropong, geroheng,
Berantonim dengan bernas

5. Bersinonim dengan hampagas: vakum

6. Bersinonim dengan berongga: lompang
Berantonim dengan padat

7. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hampa, kecewa, sia-sia, tidak bermakna,

Kata Terbitan : mengosongkan, kekosongan, pengosongan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
piezoelektrik. Jam ini mempunyai ketepatan lebih kurang 0.001 saat bagi setiap hari. (FIZ) crystal defect (cacat hablur) Ketakseragaman simetri hablur yang disebabkan permukaan bebas atau tak tertib, benda asing, kekosongan, interstis, perkehelan, getaran kekisi dan sem- padan butiran. Sinonim lattice defect. (FIZ) crystal optics [optik hablur (ilmu)] Ilmu yang mengkaji perambatan cahaya dalam hablur pepejal dan fenomena yang berkaitan dengannya

Kembali ke atas