Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perihal mulai berlakunya (per­aturan, undang-undang, dll), taraf (kedudukan) sbg sesuatu yg sah: larangan ini berjalan ~-nya mulai esok; undang-undang itu mestilah diluluskan oleh Parlimen sebelum berjalan ~ nya; 2. kuasa atau hak atas sesuatu atau utk melakukan (memerintah, mengurus, dll) sesuatu; 3. kekuatan, kemampuan, daya (utk melakukan sesuatu): bahawasanya tiadalah bagiku ~ dan daya upaya melainkan drpd Allah; berkuat kuasa mempunyai kuat kuasa, mulai menjadi sah atau berlaku: mahkamah pun pd tiap-tiap hari memutuskan hukuman yg ~ spt undang-undang juga; menguatkuasakan menjadikan (undang­undang dll) berkuat kuasa, melaksanakan (undang-undang, peraturan, dll): negeri itu ~ undang-undang melarang menuba ikan; perintah berkurung dikuatkuasakan dr pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi; penguatkuasaan perihal (perbuatan, tinda­kan, dsb) menguatkuasakan: bagaimanapun, kita boleh menyekat amalan-amalan negatif ini sama ada melalui ~ undang-undang atau program-program moral yg kini giat diamalkan; penguat kuasa orang (pihak, badan, dsb) yg menguatkuasakan (undang-undang, dasar, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kuasa yg sah atau mula berlakunya sesuatu peraturan, undang-undang dll. berkuat kuasa mula menjadi sah atau mula berlaku; mula dijalankan (bkn peraturan dsb): Peraturan itu ~ pd 1 Januari 1986. menguatkuasakan menjadikan berkuatkuasa; melaksanakan: Perintah berkurung telah dikuatkuasakan di tempat itu. penguatkuasaan perihal menguatkuasakan: ~ undang-undang. penguat kuasa orang yg menguatkuasakan (undang-undang dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuat (adjektif)
1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh,
Berantonim dengan lemah

2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan,
Berantonim dengan rapuh

3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar,
Berantonim dengan lemah

4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat,
Berantonim dengan ringan

5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,

6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,

Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan,

Peribahasa

Badan boleh dimiliki,
     hati tiada boleh dimiliki.

Bermaksud :

Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
bernombor yang menunjukkan ukuran rintangan dalaman suatu ben- dalir terhadap alirannya. Semakin besar rintangannya, semakin besar pula koefisiennya. Rintangan ini sama dengan daya ricihan yang dinyatakan dalam dine per sentimeter kuasa dua yang diteruskan dari suatu satah bendalir ke suatu satah selari yang lain (1 sentimeter jauhnya) dan dijanakan oleh suatu perbezaan halaju bendalir mengikut arah daya tersebut. Koefisien ini berubah absorption band (jalur penyerapan) Suatu kawasan dalam spektrum penyerapan suatu bahan yang keserapannya mencapai maksimum, yang juga takat infleksi dalam spektrum. (KIM) absorption dynamometer (dinamometer penyerapan) Dinamometer yang menyerap semua kuasa dan mengubahnya kepada haba untuk mengukur kuasa tersebut. (FIZ) absorption index (indeks penyerapan) Nilai pada indeks biasan kompleks yang ditulis sebagai ( + ). sama dengan indeks biasan nyata. (FIZ) absorption loss (kehilangan

Kembali ke atas