Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.ga.kan] | ملݢاکن

Definisi : 1. menjadikan lega (tempat), melapangkan, meluaskan; 2. = ~ dada (perasaan) menenteramkan hati (fikiran dll): jururawat itulah sahaja yg dapat ~ perasaan­nya; 3. menjadikan berkurang (bkn rasa sakit dsb): ubat itu ternyata dapat ~ sakit sendi yg dihidapinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.ga.kan] | ملݢاکن

Definisi : 1 menyebabkan sesuatu menjadi lega; meluaskan (kawasan, ruang); melapangkan. 2 menyenangkan (fikiran, hati); menenteramkan: Nasihat neneknya telah ~ perasaan Aminah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lega (adjektif)
1. Dalam konteks tempat
bersinonim dengan lapang, luas, lebar, selesa, sempit,

2. Dalam konteks hati
bersinonim dengan lapang, tenteram, tenang, senang hati,

Kata Terbitan : melegakan, kelegaan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
apabila berada dalam bentuk diaktifkan se- perti dalam penapaian alkohol. (KIM) Acetaminophen (Acetaminophen) Nama kimia: N-(4-hidroksifenil) asetamida (C 8 H 9 NO 2 ). Salah satu agen yang dapat melegakan rasa sakit dan meredakan demam. Bahan ini dikenali dengan beberapa nama dagang. Contohnya, Panadol. Sinonim Paracetamol. (UBAT) Acetobacter (Acetobacter) Genus bakteria aerob yang gram – negatif dan tidak termasuk dalam sebarang elektromagnet dan biasanya dipasang pada sistem panggilan elektrik atau pneumatik. (KEJ) anode glow (bara anod) Bara bercahaya pada permukaan anod dalam tiub nyahcas bara. (FIZ) anodyne (anodin) Sesuatu yang dapat melegakan rasa sakit, biasanya ubat. Contohnya, opium dan morfina. (UBAT) anoestrus (anestrus) Masa haiwan tidak berahi atau tidak mengawan. Sinonim anestrum. (BIO) anogenital (anogenital) Berkaitan dengan dubur dan genitalia. (UBAT) anomaly

Kembali ke atas