Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nger.ja.kan] | مڠرجاکن

Definisi : 1. membuat (menjalankan) sesuatu kerja atau pekerjaan, membuat (me­lakukan) sesuatu: taat sungguh ia ~ segala suruhan Tuhan; 2. = mengerjai ark meng­usahakan: kebanyakan petani di kawasan itu ~ tanah-tanah sewa; ~ (mengerjai) mayat menyempurnakan mayat (spt memandikan, mengafaninya dll); 3. melaksanakan (tugas, rancangan, kewajiban, dll), menjalankan, melakukan: segala rancangan yg sudah teratur hendaklah dikerjakan segera; ~ haji (puasa, sembahyang, dll) naik haji (berpuasa, bersembahyang, dll); 4. menyudahi, menyelesaikan, menghabisi: kerjakan ini dahulu sebelum dibuat kerja lain; 5. menghabisi, mem­bunuh: musuh yg menyeludup habis dikerjakan, satu pun tak ada yg hidup; 6. mengada­kan serta mengurus majlis perkahwinan dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nger.ja.kan] | مڠرجاکن

Definisi : 1 membuat sesuatu kerja: Dia sentiasa ~ suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. 2 membuat atau mengusahakan (sawah dll): Kebanyakan petani di sini ~ sawah. 3 menjalankan; melaksanakan; menyelesaikan: Segala rancangan telah dikerjakan dgn jayanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Menggolek batang terguling.

Bermaksud :

Mengerjakan pekerjaan yang mudah.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
BIO) arithmetic (aritmetik) Ilmu tentang nombor yang melibatkan proses penambahan, penolakan, penda- raban dan pembahagian. (MAT) arithmetic logic unit (unit aritmetik logik) Komponen asas dalam unit pemprosesan pusat yang berfungsi mengerjakan pengendalian aritmetik dan logik. Singkatan ALU. (KOM) arithmomania (aritmomania) Keadaan apabila seseorang mengalami desakan diri untuk selalu mengira dan kerisauan mengenai nombor. (UBAT) armature (armatur) 1. Bahagian gegelung dalam motor

Kembali ke atas