Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngum.pul.kan] | مڠومڤولکن

Definisi : 1. menjadikan atau mem­buat supaya berkumpul, mengambil (mengutip) benda-benda yg berselerak (bercerai-cerai) supaya menjadi sekelompok: ia asyik memerhatikan seorang perempuan tua yg sedang ~ benda-benda yg bertaburan di lantai; hendaklah dikumpulkan dulu perkakas-perkakas yg diperlukan sebelum memulakan kerja; 2. mengerahkan (orang dll) supaya menjadi pasukan, menghimpunkan, mengam­pungkan: Panglima Hitam ~ orang-orangnya dan menyusun rancangan menyerang musuh; 3. menjumlahkan (menyatukan) sebilangan sesuatu supaya menjadi suatu jumlah; ~ wang menyimpan wang berdikit-dikit hingga menjadi (agak) banyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngum.pul.kan] | مڠومڤولکن

Definisi : 1 memungut atau mengutip sesuatu yg berserak supaya menjadi sekelompok: Emaknya sedang ~ buku yg berselerak di lantai. 2 memanggil (orang) supaya berkumpul; menghimpunkan: ~ tentera utk menentang musuh. 3 menyimpan dan menambah bilangan supaya bertambah banyak: ~ wang; ~ harta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kumpul
Kata Terbitan : berkumpul, mengumpulkan, terkumpul, kumpulan, perkumpulan, pengumpulan, pengumpul,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
cuka melibatkan strain bakteria yang menunjukkan to- leransi terhadap kepekatan cuka yang tinggi. (BIO) vintage account depreciation method (kaedah akaun susut nilai vintaj) Kaedah perakaunan yang menentukan susut nilai dengan mengumpulkan hayat perkhidmatan peralatan yang hampir sama ke dalam satu kumpulan dan kadar susut nilai kumpulan tersebut ditentukan. (KEJ) virgin catalyst (mangkin dara) Mangkin yang baru disediakan dan telah diaktifkan serta

Kembali ke atas