Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ning.gi.kan] | منيڠݢيکن

Definisi : 1. menjadikan tinggi, menam-bahkan (mutu dll): bangunan itu telah di-tinggikan lagi dua tingkat; kerajaan sedang berikhtiar ~ taraf pendidikan dan ekonomi rakyat; 2. mengangkat (menyan­jung) menjadi tinggi; 3. mengeraskan atau menguatkan (suara); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ning.gi.kan] | منيڠݢيکن

Definisi : 1 menjadikan tinggi; menaikkan: Ia ~ harga gula di kedainya. 2 mengangkat atau menyanjung menjadi tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,

Peribahasa

Hendak tinggi terlalu,
     jatuh.

Bermaksud :

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus, c. Hendak panjang terlalu, patah).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
HID) accelerated rancidity test (ujian ketengikan dipercepat) Ujian yang dikendalikan untuk menentukan hayat simpan relatif lemak atau minyak dengan cara mempercepat pembentukan ketengikannya. Ujian ke- tengikan ini biasanya dilakukan dengan meninggikan suhu, cahaya dan/atau tahap oksigen secara tak normal. Sampel kemudiannya diambil secara berkala untuk ujian ketengikan seperti asid lemak bebas, nilai peroksida, atau indeks lain. Contohnya, kaedah oksigen aktif 1. Pergerakan otot secara tiba-tiba. 2. Tindakan refleks akibat pukulan otot atau tendon. (BIO) jet bit (bit jet) Mata gerudi atau bit yang mempunyai muncung-muncung di dalamnya untuk meninggikan halaju bendalir penggerudian semasa bendalir tersebut meman- cut keluar dari bit. Saiz muncung boleh ditukar ganti untuk mencapai halaju yang dikehendaki. (KEJ) jet fuel (bahan api jet) Kerosin yang terdiri

Kembali ke atas