Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nun.ju/.kan] | منونجوقکن

Definisi : 1. menggunakan sesuatu utk menunjuk (jari dll), menunjuk dgn: ~ jari; 2. memperlihatkan sesuatu kpd, memberi lihat: dia pun naik ke rumah ~ kakinya yg dimakan keri itu; 3. memberitahu di mana (letak, arah, dll): maka datanglah budak-budak ~ masjid; 4. menampakkan (sesuatu yg terpendam di hati dll), mendedahkan: tidak seorang jua pun yg berani ~ kemarahan mereka ber­terang-terang; 5. memperkenalkan: maka orang itu ~ anak raja itu dgn isyarat; 6. mem­beri keterangan (penjelasan), menerang­kan, menjelaskan: sekiranya ada bukti-bukti yg ~ Ahmad melakukan pembunuhan itu, polis akan meminta kpd majistret supaya Ahmad ditahan; 7. memberikan bukti, membuktikan, mengesahkan: dikemukakan satu konsep baru yg ~ bahawa kemiskinan orang-orang itu sebenarnya satu penyakit sosial; 8. menyatakan, menandakan: suhu yg terendah pd hari atau malam itu ditunjuk­kan oleh besi itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nun.ju/.kan] | منونجوقکن

Definisi : 1 memperlihatkan se­­­suatu kpd: Ia ~ baju jahitannya kpd emak­nya. 2 menunjuk dgn; menggunakan sesuatu utk menunjuk. 3 memberikan keterangan atau penjelasan: Ia ~ cara membuat gubahan itu. 4 menyatakan; menandakan: Kesalahannya menjawab soalan-soalan itu ~ bahawa ia tidak mem­baca buku di rumah. 5 memberitahukan tempat letaknya atau arah sesuatu: Polis itu ~ jalan ke pejabat pos. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Menunjukkan ilmu kepada orang yang menetek.

Bermaksud :

Membuat pekerjaan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
tak negatif dan yang bernilai jika diberi nombor yang negatif. Simbol nilai mutlak bagi nombor ialah |a|. Contohnya, |4| = 4; |-4| = 4. (MAT) absolute viscosity (kelikatan mutlak) Faktor bernombor yang menunjukkan ukuran rintangan dalaman suatu ben- dalir terhadap alirannya. Semakin besar rintangannya, semakin besar pula koefisiennya. Rintangan ini sama dengan daya ricihan yang dinyatakan dalam dine per sentimeter kuasa dua yang acoustic ratio (nisbah akustik) Nisbah antara keamatan bunyi dari sesuatu sumber dengan keamatan bunyi daripada talun bunyi dalam ruang tertutup. (FIZ) acoustic reactance (reaktans akustik) Reaktans bagi impedans akustik yang menunjukkan kesan inertia dan kenyal sesuatu medium. (FIZ) acoustic reactance ratio (nisbah reaktans akustik) Nisbah antara reaktans akustik bagi satu medium dengan medium yang lain. (FIZ) acoustic reflex (refleks akustik) Penutupan

Kembali ke atas