Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nom.bor] | نومبور

Definisi : tanda yg menyatakan bilangan, angka; ~ asas nombor dr 0 hingga 9; ~ atom (Kim) nombor yg menunjukkan bilangan proton di dlm nukleus atom atau bilangan elektron yg mengelilingi nukleus atom neutral; ~ Avogadro (Kim) bilangan molekul, atom, ion, atau elektron dlm satu mol bahan; ~ bercampur nombor yg mengandungi nombor penuh dgn angka pecahan; ~ bulat = ~ penuh nombor yg tidak ada angka pecahan; ~ ganjil nombor yg berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ genap nombor yg tidak berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ induk = ~ pokok Id bilangan daftar dlm buku daftar; ~ lepas Id eceran (surat khabar, majalah); ~ neutron (Kim) bilangan neutron dlm sesuatu nukleus atom; ~ pendaftaran satu siri huruf dan nombor yg terdaftar dgn pihak yg berwajib, mis bagi kereta dan syarikat; ~ pengenalan diri nombor rahsia yg di­per­untukkan kpd seseorang pemegang akaun, biasanya digunakan dgn kad bank utk me­ngeluarkan wang tunai melalui ATM: ~ peng­oksidaan (Kim) bilangan elektron yg perlu ditambah kpd kation atau disingkirkan drpd anion utk memperoleh atom neutral; ~ perduaan (Mat) nombor yg menggunakan sistem pernomboran berdasarkan dua angka asas, iaitu 0 dan 1; ~ perenambelasan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan enam belas angka asas, iaitu 0 hingga 9 dan A hingga F; ~ perlapanan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan lapan angka asas, iaitu 0 hingga 7; ~ plat nombor pendaftaran pd kenderaan bermotor; ~ satu a) angka satu; b) = ~ wahid bp yg terbaik atau terdahulu; ~ siri nombor yg menandakan satu-satu item atau butiran dlm sesuatu siri, mis pd wang kertas; ~ tunggal nombor yg hanya boleh dibahagi oleh nombor itu sendiri dan nombor satu (tanpa berlebih); bernombor mempunyai nombor atau telah dinomborkan; menombori memberi bernombor, mem­berikan nombor (bilangan) kpd; penomboran perihal (perbuatan dsb) me­nombori (sesuatu): ~ bab dibuat berdasarkan jenis dan kategori buku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nom.bor] | نومبور

Definisi : tanda atau lambang dlm tu­lisan utk menyatakan bilangan; angka. ~ atom ist nombor yg menun­jukkan bilangan proton di dlm nukleus atom atau bilangan elektron yg mengelilingi nukleus atom neutral. ~ bulat (penuh) nombor yg tidak mempunyai ang­ka pecahan. ~ ganjil nombor yg ber­baki satu apabila dibahagikan dgn dua. ~ genap nombor yg tidak ber­baki apabila dibahagikan dgn dua. ~ perdana (tunggal) nombor yg tidak dpt dibahagikan dgn sebarang ang­ka lain dgn tidak berbaki kecuali dgn angka 1 atau dgn angka itu sen­diri (mis 7, 17, 41). menombori mem­beri bernombor; menjadikan se­­sua­tu bernombor; meletakkan atau membubuh nombor pd: Mereka ~ piring-piring itu lalu menyimpannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nombor (kata nama)
Bersinonim dengan angka, bilangan.,

Puisi
 

Darilah Raib berperahu ke hutan,
     Lumba pertama si nombor satu;
Apa ditangis apa disukakan,
     Hilanglah lama berganti baru.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dari garis paksi anggota. (UBAT) abductor (abduktor) Otot yang mengabdukkan sesuatu. Banding adductor. (UBAT) abend (aben) Penamatan atur cara akibat ralat seperti ralat yang berlaku apabila huruf di- gantikan dengan nombor. Istilah ini dibentuk daripada abnormal ending atau abnormal end, iaitu pengakhiran tak normal. (KOM, MAT) aberration of light (aberasi cahaya) Aberasi imej yang terbentuk oleh kanta atau cermin lengkung. Contohnya daripada tiga unit asasnya. Sinonim absolute unit. (FIZ) absolute unit (unit mutlak) Lihat absolute system of units. (FIZ) absolute value (nilai mutlak) Nilai tak negatif yang bernilai a jika diberi nombor yang tak negatif dan yang bernilai jika diberi nombor yang negatif. Simbol nilai mutlak bagi nombor ialah |a|. Contohnya, |4| = 4; |-4| = 4. (MAT) absolute viscosity (kelikatan mutlak) Faktor bernombor

Kembali ke atas