Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.cat] | ڤاچت

Definisi : sj binatang yg menghisap darah (sj lintah di darat), Haemadipsa javanica; ~ besar ark = ~ melompat ki penghisap darah (orang yg meminjamkan wang dgn mengambil bunga yg terlalu banyak), lintah darat; ~ kenyang a) besar di tengah (badan dll); b) = cincin ~ kenyang cincin yg besar dan tebal pd satu bahagian (dipakai utk melindungi jari sewaktu memegang keris); ~ hendak menjadi ular sawa prb a) perihal orang yg hina (miskin) berlagak spt orang yg mulia (kaya); b) berangan-angankan sesuatu yg tidak mungkin tercapai; spt ~ melompat prb lintah darat; spt ~ (kenyang) prb perihal orang yg setelah habis makan di rumah orang lalu pergi dgn tidak menunggu-nunggu dahulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.cat] | ڤاچت

Definisi : ; burung ~ a) sj burung, burung kubung, burung lah, Pitta brachyuna cyanoptera; b) sj burung, Pitta c. caerulea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.cat] | ڤاچت

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), kayu ribu, pokok kancil, rambai ayam, Anisophyllea disticha. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.cat] | ڤاچت

Definisi : nama sj binatang melata spt lintah tetapi lebih kecil dan gemar menghisap darah, Haemadipsa zeylanica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pacat

Puisi
 

Pergi mencari si kayu laku,
     Pacat sampai naik ke kaki;
Jangan termenung menongkat dagu,
     Kerja lain banyak lagi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti pacat melompat.

Bermaksud :

Membungakan wang dengan bunga yang mahal. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti lintah menghisap darah).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
akhir penggunaan. (KOM) rambutan (rambutan) Nama piawai bagi pokok dan kayu Nephelium spp. daripada famili Sapinda- ceae. Nama tempatannya di Semenanjung Malaysia ialah lotong, pulasan, ram- butan hutan dan rambutan pacat, dan di Sabah ialah kelamondoi dan meritam. Spesies utama rambutan ialah Nephelium eriopetalum, N. glabrum dan N. lap- paceum. Gubal kayu rambutan berwarna lebih muda dan mudah dibezakan dari- pada m 3 hingga 1075 kg/m 3 dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Rambutan terkenal kerana buahnya dan kayunya merupakan sumber kayu api yang baik. (HUT) rambutan pacat (rambutan pacat) Nama biasa bagi kayu dan pokok Xerospermum spp. daripada famili Sapinda- ceae. Nama tempatannya di Semenanjung Malaysia ialah kikir buntal. Spesies utamanya ialah Xerospermum intermedium , X. aevigatum dan

Kembali ke atas