Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lo.por] | ڤلوڤور

Definisi : 1. orang yg berjalan di hadapan (dlm perarakan dll), orang yg berjalan dahulu (utk meninjau atau melihat-lihat), pemimpin, peng­anjur, peninjau: pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan merupakan ~ dlm tugas menyatupadukan rakyat menghadapi ancaman dr dlm dan luar negeri; 2. orang yg mula-mula mengusahakan (mewujudkan) sesuatu, perintis jalan, pengasas: di Filipina kaum intelek yg berpendidikan Barat menjadi ~ nasionalisme, politik, dan kebudayaan; 3. pasukan perintis (tentera dll) yg bergerak di hadapan sekali; 4. (Bio) bahan pemula dlm pembentukan sesuatu sebatian; mempelopori, memelopori 1. mendahului (dlm pekerjaan, perjalanan, dll), memimpin, mengepalai: komplot itu khabarnya dipelopori oleh beberapa orang pemimpin Pergerakan Pemuda negeri; aku sendiri mahu ~ membuka dusun durian, dusun manggis yg moden dan besar; 2. merintis atau membuka jalan (utk): sejarah perkembangan politik Indonesia sejak mula-mula lagi dipelopori oleh mahasiswa dan pelajar sekolah tinggi; kepeloporan perihal (kebolehan, keupaya­an) sbg pelopor: kegigihan dan semangat ~ pemimpin masyarakat Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lo.por] | ڤلوڤور

Definisi : 1 orang yg berjalan di hadapan sekali dlm sesuatu perarakan; orang yg berjalan dahulu utk melihat-lihat. 2 orang yg mula-mula mengusahakan atau mewujudkan sesuatu; pengasas: Mereka merupakan ~ bagi perkembangan dan kemajuan polis wanita kita. 3 pasukan yg bergerak dahulu sekali dlm sesuatu pertempuran dll; perintis: Pemuda ~ negara. mempelopori 1 mendahului (dlm pekerjaan, perjalanan dsb); mengepalai. 2 membuka jalan; merintis: Golongan tualah yg ~ pergerakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelopor (kata nama)
Bersinonim dengan perintis, peneroka, pembuka jalan, pemula, pendahulu, penganjur, penggerak, pelancar, pengasas;,
Kata Terbitan : mempelopori,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
AM 362 daripada metatalamus. (BIO) geniculum (genikulum) Kawasan yang jelas membengkok seperti siku yang terdapat pada sebarang organ kecil seperti saraf. (UBAT) germ plasm (plasma germa/nutfah) Sel germa dan pelopor yang berfungsi sebagai pembawa secara turun-temurun dan kewujudannya penting serta bebas daripada sel lain. (HUT) germinal epithelium (epitelium germa) Epitelium yang melapik stroma ovari dan testis. (BIO) germinal vesicle membentuk segi tiga untuk menambahkan ketegarannya. (KEJ) truth table (jadual kebenaran) Jadual yang menyenaraikan nilai kebenaran sesuatu pernyataan majmuk ber- dasarkan nilai kebenaran komponen yang terlibat. (MAT) trypsinogen (tripsinogen) Enzim pelopor yang dirembeskan oleh sel pankreas mamalia yang diaktifkan menjadi tripsin melalui tindakan proteolisis oleh enterokinase. (BIO) tryptamine (triptamina) Hasil pendekarboksilan triptofan. (FAR) T-square (sesiku-T) Alat berbentuk huruf T

Kembali ke atas