Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.sah] | ڤيسه

Definisi : cerai, lerai; ilmu ~ Id ilmu kimia; juru~ Id pelerai, penegah, wasit; berpisah 1. tidak berhubungan (tidak berdampingan, tidak rapat, dll), bercerai: hendaknya Tuhan yg Maha Mengasihani akan menemukan saya dgn ayah sesudah sekian tahun ~; mengucapkan selamat ~ mengucap­kan selamat semasa hendak meninggalkan seseorang; 2. berenggang, berjarak, berjauhan; hidup ~ Id suami isteri yg belum bercerai tetapi tidak tinggal serumah lagi; berpisah-pisah berasing-asing, bercerai­-cerai, berdiri sendiri-sendiri; memisah menjauhkan diri (dr), tidak mahu bersama atau bersatu (dgn): dia sengaja ~ dr keluarganya utk mencari pengalaman; memisahkan 1. meleraikan (orang yg ber­gaduh dll), menceraikan: Uda Patah pun dapat meleraikan, ~ kedua-dua orang yg berkelahi itu; kawasan bukit yg kecil ini ~ lembah Sungai Sittang drpd lembah Sungai Irrawadi; 2. membezakan: walau bagaimanapun mereka itu tidak ~ akidah Islam yg pokok drpd kepercayaan mereka: 3. mengasingkan yg satu drpd yg lain: maksud kita ialah ~ barang itu dr kumpulannya yg semacam; adat istiadat amat keras ~ mereka; 4. = memisah-misahkan memecah-mecah­kan (kumpulan, gerakan, dll) utk menjadikan berpisah-pisah, mencerai-ceraikan: hendak ~ masyarakat yg berbilang kaum; terpisah 1. tidak bersatu (berdekatan, ber­sama dll), terasing, tercerai, terpencil, ter­sendiri: pulau itu ~ dr Semenanjung Tanah Melayu oleh Selat Teberau; pembicaraan yg ~; 2. lepas dr: perjuangan menegakkan bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan ialah perjuangan yg tidak ~ drpd perjuangan kemerdekaan rakyat negeri ini; terpisah-pisah berasing-asing, tercerai-cerai; keterpisahan keadaan (perihal) terpisah, keterasingan; perpisahan 1. perceraian; 2. hal berpisah; malam ~ malam perjumpaan utk menyata­kan selamat berpisah; pemisahan perihal (perbuatan dsb) memisah atau memisahkan, penceraian, pemecahan (pembelahan dll); pemisah 1. sesuatu yg memisahkan atau menceraikan; badan ~ Id badan yg tugasnya mengamankan segala persengketaan; garis ~ garis yg memisahkan atau menyekat; 2. = juru~ jurupisah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sah] | ڤيسه

Definisi : Kl sengaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sah] | ڤيسه

Definisi : Tr jalan, ikhtiar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sah] | ڤيسه

Definisi : ; berpisah tidak berhubung antara satu dgn yg lain; tidak rapat atau tidak berdampingan kedudukannya; berenggang; berjauhan: Dr Ipoh kami bersama, sesampai di Kuala Lumpur, kami ~. Kedua-dua kota itu letaknya ~ beratus-ratus batu. memisahkan mengasingkan yg satu drpd yg lain; menceraikan: Palung itu digunakan utk ~ bijih timah drpd pasir. perpisahan hal berpisah: Mati merupakan ~ antara jasad dgn roh. pemisahan hal atau perbuatan memisahkan. pemisah sesuatu yg memisahkan atau yg menceraikan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Bersarak serasa hilang,
     bercerai serasa mati.

Bermaksud :

Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati). sarak = pisah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
pok awan yang bergelombang, yang unsurnya tampak seperti lapisan jisim berbentuk bulat dan bergulung. Unsur tersebut biasanya sangat jelas tetapi menjadi berserabut sebahagiannya atau menjadi samar dan mungkin juga ter - pisah atau bercantum. (HID, METEO) altricial (altrisial) Perihal anak haiwan yang tidak berbulu dan tidak bermaya ketika lahir, dan memerlukan penjagaan induk. Contohnya, anak burung helang dan anak bu- rung hantu

Kembali ke atas