Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pung.gung] | ڤوڠݢوڠ

Definisi : 1. pantat, bokong, pinggul; 2. Id bahagian sebelah belakang dada (manusia dan binatang), belakang; buah ~ buah pinggang, ginjal; tulang ~ a) tulang belakang; b) sesuatu yg menjadi kekuatan; 3. sesuatu yg menye­rupai belakang: ~ bukit (gunung); 4. bahagian sebelah belakang atau atas (pd sesuatu benda): ~ kaki; ~ pisau (lading dll); memunggung Mn 1. memperlihatkan pung­gung, membelakang; 2. ki tidak hendak mem­pedulikan saudara-mara lagi; punggung-memunggung belakang-membelakangi (beradu punggung); memunggungi menghadapkan punggung kpd: mereka memandang arah selatan, daratan Tiongkok dipunggunginya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pung.gung] | ڤوڠݢوڠ

Definisi : 1 bahagian badan yg diletakkan ketika duduk; bahagian badan sebelah belakang di antara pinggang dgn paha. 2 bahagian badan di sebelah belakang. 3 bahagian belakang drpd sesuatu: ~ parang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
punggung (kata nama)
Bersinonim dengan pinggul, buntut, bokong, tongkeng, kibul, pantat.,

Puisi
 

Sayang-sayang buah kepayang,
     Makan isi kulit melayang;
Kalau terpandang aurat Si Dayang,
     Punggung bergegar jantung bergoyang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Punggung dipukul,
     gigi habis tanggal.

Bermaksud :

Lain yang disindir, lain yang merasa.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
d) Singkatan bagi bis in die. Lihat bis in die. (UBAT) baboon (babun) Haiwan primat daripada genus Papio, iaitu sejenis monyet yang muncungnya seperti muncung anjing, berekor pendek, dengan bahagian punggung yang ti- dak berambut. Monyet jenis ini terdapat di kawasan berumput dan kawasan berbatu di Afrika Selatan dan Asia. (BIO) baccatin (bakatin) Fitotoksin perumah tak khusus yang dihasilkan oleh kulat sebatian gula teroksida yang atom karbon hujungnya teroksida daripada alkohol kepada kumpulan karboksil seperti asid galakturonik dan asid gluku - ronik. (KIM) uropygial gland (kelenjar uropigial) Kelenjar kutin yang terletak di punggung burung dan berfungsi merem - beskan minyak yang digunakan untuk membersihkan bulu. (BIO) USA fluid ounce (auns bendalir USA) Unit ukuran isi padu cecair berdasarkan sistem USA yang bersamaan dengan 2

Kembali ke atas