Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.o.rang] | سأورڠ

Definisi : 1. satu orang; salah ~ mana-mana satu orang (drpd yg banyak); 2. sendiri; ~ diri sendiri sahaja; ~ budi-budian, ~ tabung seruas prb perihal dua orang yg berlainan tabiat­nya (iaitu seorang suka berahsia dan yg satu lagi lurus); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.o.rang] | سأورڠ

Definisi : 1 satu orang. 2 sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Hendak ke seberang seberang saja,
     Saya tak mahu berkuda-kuda;
Hendak seorang seorang saja,
     Saya tidak mahu berdua tiga.


Lihat selanjutnya...(164)
Peribahasa

Yang seorang memeram batu,
     yang seorang memeram pisang.

Bermaksud :

Perbezaan pendirian; seorang boleh menanti seorang lagi tidak.

 

Lihat selanjutnya...(76)

47

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Bayang-bayang tidak sepanjang badan

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Bayang-bayang tidak sepanjang badan. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
enamel. Sinonim enamel cell, ada- mantoblast, ganoblast. (BIO) amenorrhea (amenorea) Ketiadaan haid atau berhentinya haid secara abnormal. (UBAT) amentia (amentia) Rencat akal sejak lahir yang darjah keterukannya berbeza-beza antara seorang individu dengan individu lain. Keadaan ini boleh mengakibatkan gangguan akal yang berjulat daripada kekeliruan pemikiran sehingga hampir pengsan atau tidak sedar. (UBAT) American Standard Code for Information Interchange (Kod Piawai Banding post meridian. (MAT) antemortem (antemortem) Berkaitan dengan sesuatu yang dilakukan sebelum mati. Banding postmortem. (UBAT) antenatal (antenatal) Berkaitan dengan sesuatu yang berlaku pada ibu atau fetus dalam tempoh se- seorang mula hamil sehingga kelahiran bayi. Tempoh antenatal biasanya 40 minggu atau 280 hari. Sinonim prenatal. (UBAT) ante-alar antenatal Kamus Sains.indb 72 7/8/08 11:46:02 AM

Kembali ke atas