Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ra.ngan] | سرڠن

Definisi : 1. perbuatan menyerang (melanggar, menyerbu, merosakkan, dll): Iskandariah di-ancam oleh ~ tentera Afrika Korps yg dipimpin oleh Jenderal Rommel; 2. kecaman keras secara lisan atau bertulis: dlm buku ini kami hanya melakukan ~ ke atas doktrin mereka; ~ udara serangan bom, misil dsb dr pesawat udara, terutamanya ke sasaran musuh di bumi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ra.ngan] | سرڠن

Definisi : serbuan atau tentangan utk menyerang: ~ komunis ke atas balai polis itu telah dpt dipatahkan. ~ jantung terjadinya masalah pd jantung dgn tiba-tiba, biasanya menyebabkan kerosakan pd sebahagian otot-otot jantung, dan kadang-kadang boleh membawa maut. ~ udara serangan bom, misil dsb dr pesawat udara ke sasaran pihak musuh di bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serang
Kata Terbitan : menyerang, serangan, penyerangan, penyerang,

Peribahasa

Kata berjawab,
     gayung bersambut.

Bermaksud :

Serangan ditangkis, kata dijawab; baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Gayung bersambut, kata berjawab).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
pak- si yang sama. Apabila arus dialirkan, medan magnet yang terhasil pada satu gegelung, bertentangan arah dengan medan magnet gegelung yang satu lagi. (FIZ) asthma (asma) Keadaan yang ditandai dengan serangan sesak nafas (dispnea) atau semput yang berulang dari semasa ke semasa, dan yang menghasilkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus secara berbalik. (UBAT, BIO) astigmatic difference (beza astigmat) 1. Jarak kepada satu nuklid lain atau lebih yang di- sertai pemancaran zarah daripada nukleus, penawanan nukleus atau pelecitan elektron orbit atau pembelahan. (FIZ) decay (II) (reput) Bahan kayu yang terurai akibat serangan kulat dan mikroorganisma lain yang mengakibatkan perubahan warna dan tekstur kayu. Kayu yang diserang men - jadi lembut dan mengurangkan kekuatan dan berat kayu secara beransur-ansur. Terdapat dua peringkat reput

Kembali ke atas