Kamus Sains.indb Apabila jalur ini beralih ke bahagian timur Lautan Atlantik, antisiklon Ber- muda dikenali sebagai antisiklon Azores. (METEO) Bernoulli assumption (andaian Bernoulli) Andaian yang dibuat untuk menerbitkan persamaan Bernoulli. Andaiannya ia- lah bendalir tidak mempunyai geseran, ketumpatan bendalir dan aliran adalah tetap. Andaian ini benar hanya untuk satu garis aliran. (KEJ) berylliosis (beriliosis) Keracunan berilium biasanya melibatkan paru-paru yang dicirikan dengan transkripsi gen tersebut. (BIO) cis-heterozygote (cis-heterozigot) Heterozigot yang mempunyai dua gen mutan pada kromosom yang sama. (BIO) Citrus (Citrus) Genus tumbuh-tumbuhan daripada famili Rutaceae yang antaranya termasuk- lah oren manis (Citrus sinensis), oren masam (Citrus aurentium), limau gedang (Citrus paradisi), lemon (Citrus limon), dan limau nipis (Citrus aurantifolia). Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai daun ringkas dan tangkai yang biasanya
|