Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.bun] | تمبون

Definisi : gemuk (orang, binatang), berisi: tubuhnya semakin hari semakin ~; menambunkan menjadikan tambun (badan), menggemukkan; tembun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.bun] | تمبون

Definisi : Mn timbun (tanah dll), longgok, tompok; bertambun, bertambun-tambun 1. ber­timbun-timbun, berlonggok-longgok: se­benar­nya juga dinar emas bertambun-tam­bun, bertindih-tindih, bersusun-susun; 2. ki penuh sesak, berjedal-jedal; menambun menimbun, melonggok, me­nom­pok: tanah bendang Cu Piah ditambun tanah merah hampir-hampir dua relung; tambunan timbunan, longgokan, tom­pok­an; ~ budi lubuk akal orang yg bijak (cerdik pandai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.bun] | تمبون

Definisi : ~ cucut sj tumbuhan (pokok), beras buah punai mengantuk, gading betina, Aporosa aurea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.bun] | تمبون

Definisi : besar kerana banyak dagingnya; gemuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tambun (adjektif)
Bersinonim dengan tembam, gempal, gemuk, montok, montel, berdaging, berisi, padat;,
Kata Terbitan : menambunkan,

Puisi
 

Besarlah kapal di pulau itu,
     Keluar asap bertambun-tambun;
Kembanglah bunga di taman datu,
     Bertangkai kaca berdaun embun.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tidak tentu kepala ekor.

Bermaksud :

Terlalu tambun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
untuk memadatkan tanah bergantung kepada kuasa hentakan semasa memadat. (KEJ) tampoi (tampoi) Nama piawai bagi kayu Baccaurea spp. daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung Malaysia ialah rambai hutan, asam tambun, jun- tik bukit, jintik-jintik dan mesekam, manakala di Sabah ialah rambai hutan, talbot tampoi tanalised timber tank car Kamus Sains.indb 596 7/8/08 11:50:28 AM

Kembali ke atas