Kamus Sains.indb daripada filum ini terdapat di berbagai-bagai habitat, sama ada di darat, udara atau dalam air. Antara ciri haiwan daripada filum ini ialah tubuh yang bersegmen dengan kutikel berkitin yang teguh dan tebal yang biasanya menjadi keras akibat pemupukan kalsium. Setiap segmen mempunyai apendaj bersendi yang terubah suai untuk menjalankan fungsi yang berbeza-beza. An - tara contoh haiwan Arthropoda ialah serangga Polyporus saler yang digunakan di Malaysia sebagai ubat un- tuk penyakit tuberkulosis. (BIO) tight knot (buku ketat) Buku kayu yang terjadi bersama pertumbuhan kayu di sekelilingnya. Buku jenis ini terlekat teguh pada kedudukannya, tidak mudah tertanggal atau ter- kopak semasa penggergajian dan pengetaman. Buku ketat tidak mengurangi mutu dan sifat kekuatan kayu. (HUT) tight side (muka ketat) Muka sebelah luar kepingan
|