Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.na] | ترکنا

Definisi : 1. telah dikenakan (dilekatkan, dipasang, dll): beberapa pakaian yg indah-indah ~ pd tubuh Ibrahim Kakan itu; 2. mendapat atau tertimpa sesuatu (spt penyakit dll): tujuan menyuntik penduduk kampung itu adalah utk melindungi mereka drpd ~ penyakit tersebut; 3. terpedaya, tertipu: hati-hati sebelum ~; berasa ~ a) berasa tertipu; b) berasa tersinggung; c) berasa kecewa, menye­sal; 4. tersentuh (terlekat) pd: setengah-setengah butir debunga itu akan ~ pd stigma pokok yg berdekatan; 5. kena sampuk (di­ganggu makhluk halus): dia ~ di pokok itu; 6. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan: sakitnya spt rasa sakit ~ cubit; ~ beragih Mn a) berasa menerima bahagian yg terkurang drpd yg sewajarnya (sepatutnya); b) suram muram mukanya; ~ buat terkena jampi atau sihir; ~ pd ikan bersorak, ~ pd batang masam prb ketika untung bergembira dan ketika rugi marah-marah; sekali jalan ~, dua kali jalan tahu, (tiga kali ~ jera) prb kali pertama ter­tipu, kali kedua dan seterusnya sudah tahu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.na] | ترکنا

Definisi : 1 menderita atau tertimpa sesuatu: Badannya menjadi kurus setelah ~ penyakit itu. 2 tersentuh pd: Dia pengsan kerana ~ karan elektrik. 3 tertipu; terperdaya: Kali ini dia lebih berhati-hati supaya tidak ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kena (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,

2. Dalam konteks sasaran
bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,

3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang

4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,

5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,

6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,

7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,

Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena,

Puisi
 

Sampai ke tepi terkena duri,
     Duri dibuang sakit pun hilang;
Kalau ayah tidak memberi,
     Adik hendak mengikut abang.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Terkena pada ikan bersorak,
     terkena pada batang,
masam.

Bermaksud :

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
lisis kanji kepada dekstrin dan akhirnya kepada maltosa. Sinonim pancreatic amylase. (BIO) amylovorin (amilovorin) Fitotoksin perumah tak khusus pada tanaman keluarga epal yang dihasilkan oleh bakteria Erwinia amylovora. Tanaman yang terkena toksin ini biasanya layu. (BIO) amylum (amilum) Kanji khususnya daripada tumbuh-tumbuhan. (BIO) anabatic wind (angin anabatik) Angin setempat yang bertiup menaiki lereng akibat pemanasan permukaan gu- nung. (HID, METEO BIO) eschar (eskar) 1. Selumur atau keruping yang terdapat pada kawasan kulit yang terbakar, erection eschar Kamus Sains.indb 323 7/8/08 11:49:08 AM 324 terlecur atau terkena bahan mengakis. Selumur ini juga boleh diakibatkan oleh gangren. 2. Lesi yang ditemui pada penyakit riketsiosis tertentu seperti tifus belukar. (UBAT) Escherichia (Escherichia) Genus bakteria daripada famili Enterobacteriaceae yang terdapat

Kembali ke atas