Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tiap] | تياڤ

Definisi : setiap, tiap-tiap 1. satu-satu drpd banyak, masing-masing: ~ orang yg diambil bekerja akan dilatih terlebih dahulu; ~ buah kereta mesti didaftarkan; 2. berurutan atau yg satu mengikuti yg lain (bkn masa), saban: ~ hari (malam) saban hari (malam); ~ ketika (masa, waktu) sepanjang masa, sentiasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tiap] | تياڤ

Definisi : C 1. sekali makan atau minum (bkn ubat); 2. = wang ~ wang yg dibayar kpd tuan punya rumah supaya boleh menyewa rumah­nya, wang kunci, duit kopi; meniapkan menyewakan rumah dgn me-minta wang kunci. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tiap] | تياڤ

Definisi : ; setiap, tiap-tiap 1 satu-satu drpd…; masing-masing: ~ orang mesti datang berlatih petang ini. ~ orang mempunyai perasaan. 2 berulang dr semasa ke semasa; saban: Perayaan itu diadakan ~ tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiap
Kata Terbitan : setiap, tiap-tiap,

Puisi
 

Batang kelapa dipotong-potong,
     Tiap satu tidak disukat;
Bulat air kerana pembentung,
     Bulat manusia kerana muafakat.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tiap-tiap busuk itu meruap juga.

Bermaksud :

Pekerjaan yang jahat itu lambat-laun akan diketahui orang juga.

 

Lihat selanjutnya...(66)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
tile (jubin akustik) Jubin berliang yang diperbuat daripada gentian kayu untuk dijadikan kemasan lelangit (siling). (KEJ) acoustical element (unsur akustik) Parameter yang seanalog dengan unsur elektrik yang mencirikan tindakan se- tiap komponen dalam sistem akustik. (FIZ) acoustical mass reactance (reaktans jisim akustik) Bahagian reaktans akustik yang berkaitan dengan tenaga kinetik medium. (FIZ) acoustical radiation resistance. (rintangan sinaran akustik) Lihat acoustic resistance proses pembangunan telaga. Kadangkala perjanjian itu ditinjau dari masa ke masa untuk memelihara kepentingan kedua-dua pihak yang terlibat. Di negara yang mengamalkan sistem prorata, isi padu tersebut ditentukan se - tiap bulan oleh agen yang dilantik bagi mengawasi keabadian tenaga di negara allosome allowable Kamus Sains.indb 43 7/8/08 11:45:57 AM 44 berkenaan. Faktor penting yang diambil

Kembali ke atas