Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[unju.ran] | اونجورن

Definisi : 1. bahagian sebelah kaki orang yg sedang berbaring, bahagian tempat kaki meng-unjur (pd petiduran), tumpuan kaki: anaknya yg tua sedang bermain-main kelereng di ~ ibunya; 2. anggaran atau jangkaan tentang sesuatu situasi, arah aliran dsb masa depan, terutamanya berdasarkan data, maklumat dsb yg berlaku sekarang, projeksi: ~ ini dibuat berdasarkan pertumbuhan penduduk sebanyak 2% setahun; pakar dan penganalisis ekonomi menyifatkan ~ positif satu peratus KDNK bagi tahun ini adalah realistik dan boleh diterima baik oleh pasaran; 3. sesuatu yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan: di kepalanya terdapat ~ yg kelihatan spt dua mata kapak; dibiarkan ~ kayu atau buluh yg sama panjang di kedua-dua hujung rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[unju.ran] | اونجورن

Definisi : 1 anggaran atau jangkaan ttg sesuatu (hasil pengeluaran, pelaksanaan tugas dsb) pd masa depan, biasanya berdasarkan data atau maklumat semasa: Pihak pengurusan membuat ~ keuntungan yg lebih berbanding dgn ke­untungan pd tahun lalu. 2 lakaran bentuk sesuatu objek dll spt yg dpt dilihat dr arah tertentu. 3 sesuatu yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[unju.ran] | اونجورن

Definisi : tumpuan kaki di tempat tidur; bahagian di sebelah kaki orang yg tidur atau yg dikuburkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata unjuran


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
susunan asal sel terubah, dan akibatnya fungsi tisu terjejas. Keadaan ini merupakan salah satu ciri tumor. (UBAT) anapleurite (anapleurit) Pleurit toraks atas seperti pada sesetengah serangga Thysanura. (BIO) anapophysis (anapofisis) Unjuran kecil pada cuaran vertebra lumbar dan vertebra dorsal manusia dan mamalia yang lain. (BIO) anatase (anatase) Merujuk anatase titanium dioksida yang berbentuk hablur, yang digunakan anaphase anatase Kamus Sains.indb penyengat dan semut yang mempunyai pinggang abdomen di antara bahagian toraks dengan abdomen. (BIO) apocyte (aposit) Sel berbilang nukleus seperti pada hifa kulat Ascomycetes dan Basidiomyce- tes. (BIO) apodeme (apodem) Unjuran berangka dalam yang terdapat pada artropod. (BIO) apodia (apodia) Kecacatan kongenital yang dicirikan oleh ketiadaan satu atau kedua-dua belah kaki. (UBAT) apoenzyme (apoenzim) Bahagian protein dalam sesuatu enzim yang

Kembali ke atas