Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tujuan, hajat, kehendak, niat: ~ aku ke sini ialah hendak berjumpa dgn engkau; ~ hatiku pun hendak ke sana juga; 2. erti yg tersimpul dlm sesuatu ayat (per­buatan dll): apakah ~ perkataanmu itu?; aku masih belum tahu lagi ~ aku dipanggil; bermaksud 1. bertujuan, berhajat, berke­hendak, berniat (hendak): kami ~ hendak menyerahkan wang itu dgn seberapa segera; 2. mengandungi erti: apa yg diucapkan sebentar tadi itu tidak ~ demikian; memaksudkan 1. menghendaki, meminta: dialah yg dimaksudkan hadir dlm seminar itu; 2. memberi erti yg sebenar, (hendak) menyampaikan atau menyatakan (sbg mak­sud): Ali masih samar-samar tentang apa yg dimaksudkan oleh perempuan tua itu; apabila ia menerangkan tentang pendekatan struktur, ia ~ pendekatan formalistik juga; termaksud dikehendaki, dimaksudkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 apa-apa yg dikehendaki; niat yg tertentu; kehendak; tujuan: Itulah ~ saya datang ke mari. 2 tujuan yg terkandung dlm sesuatu ayat dll; erti: Ayat ini ~nya begini. bermaksud 1 mempunyai tujuan tertentu; berniat; bertujuan: Kami tidak ~ hendak menyusahkan hati saudara. 2 membawa erti; bermakna: Ayat ini ~ bahawa memberi sedekah lebih mulia drpd menerima sedekah. memaksudkan 1 menjadikan sbg tujuan sesuatu perbincangan dll; menghendaki: Saudaralah yg saya maksudkan. 2 menjadikan sbg maksud atau erti yg sebenarnya: Apakah yg dimaksudkan oleh ayat ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maksud (kata nama)
1. Bersinonim dengan tujuan: hajat, hasrat, niat, motif, matlamat, objektif, keinginan, kemahuan, kehendak, murad, kasad, anju, hujung,

2. Bersinonim dengan makna: erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil,

Kata Terbitan : bermaksud, memaksudkan,

Puisi
 

Apa guna pelita minyak,
     Sumbu kain berjurai-jurai;
Apalah guna harta yang banyak,
     Kalau teringin maksud tak sampai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Maksud hati memeluk gunung,
     apa daya tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai).

 

Lihat selanjutnya...(43)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Hotel W&G32577/2017Nama pemilik hotel ini ialah En. Wong. Huruf "G" memberi maksud "group". Maksud W&G ialah "Wong & Group"Majlis Perbandaran Port DicksonPerhotelan dan PenginapanTiadaDBP/KPB/201705/19822Lulus29/05/201731/05/201708:22:18
restoran29089/2015Maksud bahasa tamil ialah - Dynamic Bahau Cafe. Maksud bahasa cina ialah - RestoranMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201507/08638Lulus23/07/201528/07/201511:38:03
UTROPOLIS7922/2015DWIKUNCI - MAKSUD DWI ADALAH DUA DWIPENDAPATAN - MAKSUD DWI ADALAH DUAMajlis Bandaraya Shah AlamPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201503/06923Lulus18/03/201518/03/201516:35:21
DYNAMIC CAFE28644/2015Maksud bahasa tamil ialah - Dynamic Bahau Cafe. Maksud bahasa cina ialah - RestoranMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201507/08237Lulus23/07/201523/07/201510:54:28
Sukee Sukii Steamboat And BBQ12302/2014Sukee = maksud nya gambaran Sukii = asal nya sukiyaki, maksud nya steamboatMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201407/05621Lulus22/07/201423/07/201408:10:21
ALO TELESHOP36254/2016sebab nama ini senang diingat ''alo'=maksud bermula di alor gajah ''teleshop''=maksud kedai menjual electronic productMajlis Perbandaran Alor GajahPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201607/11971Lulus26/07/201627/07/201609:02:37
Jalan Aman Puri21513/2017Nama Aman dipilih berkait maksud dengan jalan-jalan persekitaran manakala nama Puri dipilih bagi menunjukkan maksud sebahagian daripada nama pemaju.Majlis Perbandaran Pasir GudangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201705/14405Lulus04/05/201704/05/201710:47:00
Jalan Damai Puri21506/2017Nama Damai dipilih berkait maksud dengan jalan-jalan persekitaran manakala nama Puri dipilih bagi menunjukkan maksud sebahagian daripada nama pemaju.Majlis Perbandaran Pasir GudangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201705/14368Lulus04/05/201704/05/201709:58:49
Jalan Puri Bahagia21519/2017Nama Puri dipilih bagi menunjukkan maksud sebahagian daripada nama pemaju manakala nama Bahagia dipilih berkait maksud dengan jalan-jalan persekitaran.Majlis Perbandaran Pasir GudangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201705/14406Lulus04/05/201704/05/201710:47:31
BMW X318595/2014Mencabar segalanya. RAYUAN DARIPADA KAMI Maksud NEXT CHALLENGE PLEASE dengan terjemahan bahasa MENCABAR SEGALANYA lebih bertepatan untuk iklan BMW ini. Manakala, cadangan pihak DBP untuk MENGATASI SEGALA CABARAN lebih membawa maksud kepada OVERCOMING ALDewan Bandaraya Kuala LumpurPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201408/03979Lulus20/08/201420/08/201414:23:26
12345678

Kembali ke atas