Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bersedia (utk melakukan sesuatu dll), rela, sudi: tiada siapa yg ~ mendengar dongeng itu lebih lanjut; 2. boleh atau mampu (melakukan sesuatu): bahasa Melayu ~ meng-ambil peranan sbg Bahasa Kebangsaan di Tanah Melayu; pak ~ a) lelaki yg mengahwini perempuan yg sedang hamil (tetapi bukan dia yg menyebabkan kehamilan itu); b) cina buta; menyanggup sanggup melakukan sesuatu: janganlah kamu ~ saja; menyanggupi 1. menyatakan sanggup (utk melakukan sesuatu), menerima dan bersedia, merelai: demikian sumpah ayahku ketika permintaan itu diterima, dan engkau pun ~nya pula; 2. menyatakan atau menjadikan boleh (kuasa, mampu): tidak seorang pun yg berani ~ cabaran itu; kesanggupan 1. kesediaan (kerelaan dll) utk melakukan sesuatu: kalau ada ~ berun-ding, maka ada harapan baik utk menyelesai-kannya dgn damai; 2. kebolehan, kemam-puan: kaum wanita juga mempunyai ~ utk memegang jawatan sbg penyelia itu; berkesanggupan mempunyai (menunjuk­kan) kesanggupan, sanggup: pelajar di sekolah menengah sudah ~ utk menerima peng­ajaran melalui penyampaian hukum-hukum bahasa yg dipelajarinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sudi dan berjanji akan melakukan sesuatu; sedia; rela: Dia ~ menolong kita. 2 mampu melakukan sesuatu; cekap: Tentera kita ~ mem­pertahankan negara drpd serangan musuh. menyanggup bersedia melakukan se­s­uatu; menyatakan sanggup: Dia cuma ~, tetapi tidak dilaksanakan apa-apa yg dijanjikan. menyanggupi menyatakan sanggup (utk melakukan sesuatu): Dia ~ segala permintaan penjahat itu. kesanggupan 1 hal bersedia (sudi dsb); kesediaan: ~ tuan utk berbincang amatlah kami hargai. 2 kesediaan dll utk melakukan sesuatu; kemampuan: Kaum wanita mempunyai ~ utk menjadi pemimpin negara. penyanggup orang yg sanggup, menyanggup atau menyanggupi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sanggup (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersedia: rela, sudi, mahu, ingin, suka, setuju, berkenan, tidak keberatan,
Berantonim dengan enggan

2. Bersinonim dengan boleh: mampu, berupaya, pandai, dapat, terdaya, terlarat, berkebolehan, cekap, terbuat, lalu,

Kata Terbitan : menyanggupi, kesanggupan, berkesanggupan,

Puisi
 

Pucuk kangkung batang jerami,
     Bunga padi di Tanah Daik;
Sudah tak sanggup dengan kami,
     Cari ganti tempat yang baik.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Adat yang menurun,
     syarak yang mendaki.

Bermaksud :

Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang menentangnya. (Bandingkan dengan: Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Jawatan Kosong Operator Pengeluaran Wanita13491/2015PENGAMBILAN SEGERA SETIAP HARI OPERATOR PENGELUARAN WANITA GAJI KASAR BONUS SETIAP 6 BULAN EPF,SOCSO DAN FAEDAH MENARIK MENANTI ANDA TIDAK TERMASUK OT INSENTIF PEKERJA BARU PENGANGKUTAN DISEDIAKAN UMUR 18 TAHUN KE ATAS SANGGUP KERJA 2 SYIF BERGIMajlis Perbandaran MuarMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201504/06778Lulus14/04/201515/04/201509:50:27
Jawatan Kosong Operator Pengeluaran48819/2015PENGAMBILAN SEGERA SETIAP HARI OPERATOR PENGELUARAN GAJI KASAR RM 1500 20 HARI BEKERJA INSENTIF PEKERJA BARU RM 200 KWSP, SOCSO DAN FAEDAH-FAEDAH MENARIK MENANTI ANDA! BONUS SETIAP 6 BULAN UMUR 18 TAHUN KE ATAS SANGGUP KERJA 2 SYIF BERGILIR SIJILPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201512/07474Lulus09/12/201509/12/201511:46:11

Kembali ke atas