Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. hukum membenarkan sesuatu perbuat­an dilakukan (dlm Islam), diperbolehkan (tidak ditegah oleh syarak), diizinkan, di­benar­kan, lwn haram: makanlah makanan yg ~ dan minumlah minuman yg ~; daging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam; ~ nikah dibenarkan menikahi seseorang; 2. ki (yg diperdapat, diperoleh atau diperbuat) dgn jalan yg sah: anak ~; wang ~; 3. ark ampun, maaf, (me)relakan: yg hutang tuan hamba sekati emas itu ~lah dunia akhirat; 4. ark izin: menyembah minta ~lah segala pengajarannya; menghalalkan 1. membenarkan (mem­boleh­kan, memperkenankan, mengizinkan), memandang atau menganggap halal: adalah salah besar ~ sesuatu yg haram; ada kemungkinan besar bahawa kegiatan ter­sebut yg selama ini diharamkan di negeri itu akan dihalalkan; 2. menganggap selesai atau jelas (hutang dll): baki hutangnya itu sudah dihalalkan; kehalalan perihal (sifat, taraf, dsb) halal: kalau hati masih waswas tentang ~nya, apa yg kita makan itu akan menjadi haram; penghalalan perbuatan dsb menghalalkan, perihal menjadikan halal atau sah: Marx meng­ambil ideologi borjuis sbg satu gambar­an sistem, idea, despotisme moden mencari ketaakulan dan ~ menjalankan kuasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 dibolehkan (melakukan sesuatu) oleh undang-undang Islam; tidak ditegah oleh syarak; tidak haram: Da­ging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam. 2 diperoleh atau dibuat dgn jalan yg sah atau jujur: harta ~ harta yg diperoleh secara jujur; anak ~ anak yg sah. 3 direlakan (diberikan dgn suka hati); telah jelas atau lunas (hutang dll): Segala pemberiannya kpd mangsa-mangsa itu adalah ~. Saya harap hutang itu ~lah dunia akhirat. menghalalkan membolehkan (membenarkan) se­suatu mengikut undang-undang Islam; dibenarkan oleh syarak: Allah ~ jual beli dan mengharamkan riba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halal (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan dibenarkan, diizinkan, dibolehkan, diperkenan;,
Kata Terbitan : menghalalkan, kehalalan, penghalalan,

Peribahasa

Jangan memangku ayam jantan,
     baik memangku ayam betina.

Bermaksud :

Rezeki yang halal itu lebih baik daripada rezeki yang haram.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Salsabila Shoppe2309/2016Salsabila Shoppe Kedai Produk Halal Halal - Modern - Convenient Halal - Moden - MudahMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201601/09320Lulus18/01/201618/01/201612:00:33
PENJUAL PRODUK SEJUK BEKU DAN RUNCIT23785/2016MAKANAN SEJUK BEKU HALAL HALAL FROZEN FOOD 清真冷冻食品 ஹலால் உறைந்த உணவு Dimiliki oleh: PPPNJ Poultry & Meat Sdn. Bhd. (245130-w)Majlis Daerah Simpang RenggamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201605/11114Lulus16/05/201617/05/201610:41:28
Banner Iklan17814/2016HALAL MART KINI DIBUKA! MENJUAL PELBAGAI MAKANAN DAN PRODUK KELUARAN MUSLIM YANG BERKUALITI DAN HALAL. 100% MUSLIM, 100% HALAL! WWW.QHMINIMART.COM 010 843 7818Majlis Perbandaran NilaiMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/11628Lulus18/04/201619/04/201611:46:33
PENJUAL MAKANAN TIDAK HALAL45448/2016PENJUAL MAKANAN (TIDAK HALAL) RUNCIT DAN BORONG KAH THE NON HALAL SHOP MAN DIMILIKI OLEH: KAH MAN PORK TRADING (2465573-X) NO. LESEN MPSJ:Majlis Perbandaran Subang JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201609/10684Lulus15/09/201615/09/201614:43:02
HIJJAZ HALAL FRESHMART20592/2016Pemborong dan Peruncit Hasil Ternakan, Laut dan Pertanian HIJJAZ HALAL FRESHMART www.halalfreshmart.com.my 016-250 0626 Jom SOKONG Produk Muslim! Mencari yang Halal itu Fardu Dimiliki oleh: HIJJAZ FOOD (M) SDN. BHD (1037501-T)Majlis Perbandaran KlangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201604/13375Lulus30/04/201630/04/201614:28:25
AZ-ZAIN PRODUK HALAL PILIHAN MUKMIN12825/2015KEDAI SERBANEKA DAN MAKANAN SEJUK BEKU AZ-ZAIN PRODUK HALAL PILIHAN MUKMIN MENJUAL AYAM AZ-ZAIN, MAKANAN SEJUK BEKU, PRODUK MAKANAN, DAGING IMPORT HALAL DAN KEPERLUAN HARIAN DIMILIKI OLEH GREEN GOLDEN SHOPMajlis Perbandaran KemamanKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201504/06517Lulus13/04/201514/04/201508:16:32
HALAL MART11127/2015HALAL MARTMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201503/08300Lulus27/03/201530/03/201515:47:50
Halal Tourism Fair 201547182/2015Halal Tourism Fair 2015Majlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/08994Lulus20/11/201524/11/201511:04:41
PRODUK HALAL PILIHAN MUKMIN53016/2015PRODUK HALAL PILIHAN MUKMIN (AZ-ZAIN - NAMA KEDAI)Majlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201512/09992Lulus28/12/201530/12/201508:09:42
usrah halal marker, wisma mais1597/2015usrah halal market, wisma maisMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201501/05709Lulus21/01/201522/01/201508:35:34
12345678910...

Kembali ke atas