Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.dang] | ادڠ

Definisi : adang-adang penyekat (yg me­misah­kan, mengasingkan, dsb): tiap-tiap meja disekat dgn satu ~; ~ pintu penyekat di muka pintu; mengadang 1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan, merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid ~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan (di jalan raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong; sebatang pokok yg tum­bang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap (menyerang hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju, memaksudkan, menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran, dsb); musuh jangan diadang, selisih jangan dicari prb pertelingkahan atau perselisihan jangan­lah dicari-cari; sungguhpun kawat yg di­bentuk, ikan di laut yg diadang prb sungguh­pun nampaknya tidak ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yg dituju; mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu), mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya; pengadangan 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang; pengadang 1. penghalang, perintang (di jalan dll), sekatan; 2. orang yg mengadang (menghalang atau menyekat orang lain); 3. penyamun dsb yg mengadang (menunggu dan menyerang hendap). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dang] | ادڠ

Definisi : Id; ~ ... ~ ... kadang ... kadang ...; ~ makan ~ tidak kadang makan kadang tidak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dang] | ادڠ

Definisi : ; adang-adang sesuatu yg digunakan utk menyekat (biasanya pintu); penyekat: ~ pintu penyekat di muka pintu. mengadang 1 mengadakan rintangan atau halangan dgn mendepangkan tangan dll; menghalang; menyekat: Budak-budak nakal telah ~ jalan itu dgn dahan-dahan kayu. 2 menunggu dgn maksud hendak menyerang hendap. mengadangkan menjadikan sesuatu sbg adang-adang: ~ tangan mendepangkan tangan utk menghalang orang dll. pengadang 1 sesuatu yg mengadang; perintang. 2 orang yg mengadang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adang


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Papan Adang Pacific Mall25058/2017- Bahaya - Dilarang Masuk Tanpa Kebenaran - Awas - Objek Terjatuh Dari Tempat Tinggi - Hak Milik SwastaMajlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201704/18951Lulus27/04/201728/04/201709:17:50
Papan Adang Sky Habitat (3)34887/2016Pemaju: MB Builders Sdn. Bhd. (842965-P)• Alamat: Wisma MB Group, No.28, Jalan Pandan Ria 7, Pusat Perdagangan Pandan, 81100 Johor Bahru, Johor. • No. Telefon: 07-333 8168 • No. Faks: 07-333 4168 • E-mel: enquiry@mbgroup.com.my • Laman Web: www.mbgroup.Majlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201607/11947Lulus26/07/201627/07/201608:42:26
Papan Adang Sky Habitat (2)34884/2016- Hubungi 011-3249 9998, 016-752 1089, 017-332 8066 - Galeri Jualan Dibuka Setiap Hari 10PG. - 6PTG. - skyhabitat@mbgroup.com.my; www.mbgroup.com.my/skyhabitatMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201607/11303Lulus21/07/201622/07/201609:19:11
Papan Adang Sky Habitat (1)34878/2016- Unit Terhad - Pegangan Kekal - Berkepadatan Rendah - Jarak Dekat Dari CIQ - Nota: Semua pentafsiran, ilustrasi, gambar, perabot dan unit yang dipaparkan, serta kemudahan atau aksesori landskap yang ditunjukkan hanyalah untuk ilustrasi sahaja dan tidMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201607/11224Lulus21/07/201622/07/201608:18:42
Untuk Papan Adang (Hoarding)9291/20161)Healthcare City - Bandar Perubatan 2)Medical,Wellness,Education - Perubatan,Kesihatan, PendidikanMajlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201603/08812Lulus01/03/201602/03/201609:01:48
PEMBEKAL PAKAIAN SERAGAM14494/2016Kemeja-T . Uniform . Jaket Adang Angin . Top . Tuala . Sulaman . Cetakan Saring SuteraMajlis Perbandaran Ampang JayaPakaianTiadaDBP/KPB/201603/12852Lulus30/03/201631/03/201608:01:04

Kembali ke atas