Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dll): ~ parti politik; ~ persatuan sejarah; 2. orang yg mahir atau mempunyai pengetahuan yg mendalam dlm sesuatu bidang, pakar: ~ bahasa; ~ muzik; ~ sains; 3. sangat mahir, pakar: kalau fasal menghias, dia memang ~; ~ bahasa orang yg mahir atau mempunyai ilmu yg mendalam dlm bidang bahasa; ~ bersekutu anggota (persatuan dll) yg tidak mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepe­nuh­nya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih utk memegang sesuatu jawatan); ~ biasa anggota (persatuan dll) yg mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepenuhnya (mem­punyai hak bersuara dan hak dipilih utk meme­gang sesuatu jawatan); ~ falak orang yg pakar tentang cakerawala (banyak tahu tentang kedudukan, pergerakan, dsb bulan, bintang, dll); ~ falsafah = ~ fikir orang yg mempunyai kemampuan memikirkan hal-hal yg bijaksana (yg berkaitan dgn alam, kehidupan, manusia, dll); ~ gusti orang yg pandai dan juga sering kali bergusti; ~ juri salah seorang drpd sekumpulan orang yg dipertanggungjawabkan membuat keputusan tentang sesuatu perkara yg dibicarakan dlm mahkamah; ~ kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll) orang yg pakar tentang kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll); ~ kehormat ahli yg keanggotaannya diberi sbg suatu kehormatan kerana khidmat atau jasanya (yg tidak dibayar); ~ linguistik orang yg mengkaji atau mengajarkan linguistik; ~ majlis tempatan wakil rakyat yg menjadi ang­gota majlis yg mentadbirkan kawasan (daerah) tempatan; ~ parlimen anggota parlimen (orang yg menduduki kerusi di Parlimen sbg wakil rakyat di sesuatu kawasan pilihan raya); ~ sains orang yg arif dlm salah satu cabang ilmu sains (spt botani) yg terlibat secara langsung dgn kerja-kerja kajian bidang ini; ~ sukan orang yg berminat dan juga sering kali mengambil bahagian dlm sukan; ~ terapi orang yg mahir dlm sesuatu jenis terapi; ~ tetap ahli yg sentiasa atau secara tetap menjadi anggota sesuatu (spt jawatankuasa dll); ~ tinju orang yg pandai bertinju dan selalu berlawan tinju; mengahlikan; ~ diri memahirkan diri dlm sesuatu ilmu pengetahuan (bidang kegiatan, pekerjaan yg dilakukan, dll), berusaha atau bergiat agar menjadi ahli: mula-mula ia ~ dirinya dlm ilmu fikah; keahlian 1. kemahiran dlm sesuatu ilmu (kepandaian, pekerjaan, dll): penterjemah yg baik memerlukan ~ seorang pengarang; 2. perihal menjadi ahli, kedudukan (hak) sbg ahli, keanggotaan: ~nya dlm kelab ini telah dibatalkan; berkeahlian mempunyai keahlian: mereka yg ~ dlm ilmu sains moden. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli I


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Tawaran Istimewa Rasa Baru! Diskaun Eksklusif Ahli 30%*162/2015Tawaran Istimewa Rasa Baru! Diskaun Eksklusif Ahli 30%* Ahli-ahli di bawah layak diskaun 10% Ban Ban Mangga Ikan Filet Ban BBQ Ayam SalaiMajlis Perbandaran Subang JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201501/04156Lulus06/01/201506/01/201512:03:07
Tawaran Istimewa Rasa Baru! Diskaun Eksklusif untuk Ahli 25%5796/2015Tawaran Istimewa Rasa Baru! Diskaun Eksklusif untuk Ahli 25% Ahli-ahli di bawah layak mendapat diskaun sebanyak 10% 901 Oreo dalam Sos Vanila 902 Mangga dan Agar-agar dalam Sos Vanila 903 Salji Putih Hokkaido 904 Buah-buahan Campuran dalam Sos VaniMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201502/05965Lulus19/02/201523/02/201508:02:26
Tawaran Istimewa Rasa Baru! Diskaun Eksklusif untuk Ahli 25%5795/2015Tawaran Istimewa Rasa Baru! Diskaun Eksklusif untuk Ahli 25% Ahli-ahli di bawah layak mendapat diskaun sebanyak 10% 901 Oreo dalam Sos Vanila 902 Mangga dan Agar-agar dalam Sos Vanila 903 Salji Putih Hokkaido 904 Buah-buahan Campuran dalam Sos VaniMajlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201502/05964Lulus19/02/201523/02/201508:02:02
Tawaran Istimewa Rasa Baru! Diskaun Eksklusif untuk Ahli 25%5794/2015Tawaran Istimewa Rasa Baru! Diskaun Eksklusif untuk Ahli 25% Ahli-ahli di bawah layak mendapat diskaun sebanyak 10% 901 Oreo dalam Sos Vanila 902 Mangga dan Agar-agar dalam Sos Vanila 903 Salji Putih Hokkaido 904 Buah-buahan Campuran dalam Sos VaniMajlis Perbandaran Subang JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201502/05963Lulus19/02/201523/02/201508:01:36
PROMOSI41673/2015Nasi Kepak Ayam Goreng Dengan Telur 826 | RM3.90 (Ahli)* 827 | RM5.90 (Bukan Ahli) * Harga Ahli Hak cipta © 2015 oleh U Desserts. Semua harga tertakluk kepada 10% Caj Perkhidmatan dan 6% CBP. Semua gambar untuk tujuan rujukan sahaja.Majlis Bandaraya Petaling JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201510/09125Lulus19/10/201520/10/201510:52:31
PROMOSI41672/2015Nasi Kepak Ayam Goreng Dengan Telur 826 | RM3.90 (Ahli) 827 | RM5.90 (Bukan Ahli) * Harga Ahli Hak cipta © 2015 oleh U Desserts. Semua harga tertakluk kepada 10% Caj Perkhidmatan dan 6% CBP. Semua gambar untuk tujuan rujukan sahaja.Majlis Perbandaran Subang JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201510/09124Lulus19/10/201520/10/201510:52:14
NIRWANA GROUP9109/2017PROMOSI ISTIMEWA KHAS UNTUK AHLI-AHLI NIRWANA GROUPMajlis Daerah SegamatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201702/13129Lulus21/02/201722/02/201708:49:53
PROMOSI ISTIMEWA17725/2016PROMOSI ISTIMEWA KHAS UNTUK AHLI-AHLI NIRWANA GROUPTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/11323Lulus14/04/201618/04/201613:46:11
PROMOSI HEBAT4694/2015KHAS UNTUK AHLI-AHLI NIRWANA GROUP 23.2.2015~15.3.2015Majlis Perbandaran KuantanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201502/04783Lulus05/02/201505/02/201515:10:51
JUALAN PRODUK IKS27886/2016JUALAN PRODUK IKS KELUARAN AHLI-AHLI PERISDANITAMajlis Daerah PekanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201606/11095Lulus09/06/201609/06/201611:28:41
12345678910...

Kembali ke atas