Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.khir] | اخير

Definisi : 1. kemudian sekali, penghabisan: per­kataan itu terdapat pd baris ~ halaman itu; ikhtiar­nya yg ~; peringkat ~ pelaksanaan projek; ~ minggu hujung minggu (hari Sabtu petang sampai hari Ahad); ~ musim peng­hujung musim; ~ zaman a) sl zaman sekarang ini; b) penghabisan; 2. = ~ sekali = terakhir paling kemudian, terkemudian (sekali): itulah kali ~ saya bertemu dengannya; 3. yg diada­kan terkemudian sekali (sbg penamat): per­tan­dingan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.khir] | اخير

Definisi : 1 = terakhir di hujung atau di belakang sekali letaknya; terkemudian; terkebelakang: Ayat yg ~ dlm karangan itu lebih baik dibuang saja. 2 bahagian atau tempoh yg kemudian sekali; penghabisan; kesudahan: Pd ~ tahun ini, saya akan melancong ke luar negara. akhirnya, = akhir-akhirnya kesudahannya: ~ mati juga anjing yg dilanggar kereta itu. berakhir sampai ke akhirnya; selesai; habis: Cuti sekolah telah ~ pd pertengahan bulan April. mengakhiri menaruh atau menempatkan kemudian; mengundurkan (waktu). akhiran penambah (spt -an, -i, -kan) yg terdapat di hujung sesuatu perkataan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhir

Puisi
 

Jika dituju selepas berlari,
     Akhir kumbang beranak telur;
Jikalau diturut hatiku ini,
     Akhirnya padang menjadi kubur.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Awal dibuat,
     akhir diingat.

Bermaksud :

Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Pameran Lego Bricks Bertemakan Krismas58151/2016- Pameran lego bricks bertemakan krismas anjuran Asia Brick. - 19 hingga 25 Disember 2016 - 10 - 11 Disember Pertandinganbakat kanak-kanak (Separuh akhir dan akhir) dan Bazar hunjung minggu. -17 Disember Acara membuat biskut krismas dan Tarian ZumbaMajlis Perbandaran Ampang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/13982Lulus22/11/201623/11/201608:37:21
PERTANDINGAN DOTA 215398/2017PERTANDINGAN DOTA 2, PERMAINAN ATAS TALIAN, 28-29 APRIL 2017, 8.00p.m.-12:00a.m. PERTANDINGAN SEPARUH AKHIR DAN PERTANDINGAN AKHIR, 30 APRIL 2017, 9:00a.m. - 4.00 p.m., KOLEJ TUN SYED NASIR, UKM, JALAN TEMERLOH, KL HADIAH WANG TUNAI BAGI PEMENANG TEMPATDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/18344Lulus23/03/201724/03/201711:11:56
JUALAN AKHIR TAHUN55488/2016JUALAN AKHIR TAHUNMajlis Perbandaran KluangOptikTiadaDBP/KPB/201611/11436Lulus08/11/201609/11/201609:51:16
JUALAN AKHIR TAHUN52931/2016JUALAN AKHIR TAHUN 01-30 NOVEMBER 2016Majlis Bandaraya Petaling JayaOptikTiadaDBP/KPB/201610/15309Lulus25/10/201631/10/201608:57:13
JUALAN AKHIR TAHUN27223/2014JUALAN AKHIR TAHUN DISKAUN SEHINGGA 50% DARI 15 NOV. 2014Majlis Bandaraya Shah AlamOptikTiadaDBP/KPB/201411/03934Lulus06/11/201407/11/201408:29:05
JUALAN AKHIR TAHUN27058/2014JUALAN AKHIR TAHUN DISKAUN SEHINGGA 50% DARI 15 NOV 2014Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahOptikTiadaDBP/KPB/201411/03980Lulus05/11/201407/11/201409:29:01
Jualan Akhir Tahun62193/2016Jualan Akhir TahunMajlis Perbandaran SerembanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/12085Lulus14/12/201615/12/201610:09:31
PROMOSI AKHIR TAHUN59814/2016PROMOSI AKHIR TAHUNMajlis Perbandaran TemerlohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/14916Lulus28/11/201629/11/201609:22:15
JUALAN AKHIR TAHUN59736/2016JUALAN AKHIR TAHUN DISKAUN HINGGA 80%Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/14900Lulus28/11/201629/11/201608:51:18
PROMOSI AKHIR TAHUN58266/2016PROMOSI AKHIR TAHUN 01/12/2016 - 31/12/2016Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/13499Lulus20/11/201621/11/201612:21:04
12345678910...

Kembali ke atas