Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.la.mat]/[Öa.la.mat] | علامت

Definisi : 1. sesuatu yg dianggap (ditafsirkan dsb) sbg menandakan bahawa sesuatu kejadian dll yg baik atau buruk akan berlaku, tanda, pertanda: dia merasakan bahawa mimpinya itu memberinya sesuatu ~; 2. sl matlamat, sasaran, bulan-bulan, tumpuan: beberapa kali ia menembak ~ itu tetapi tidak kena; 3. butir keterangan (spt nombor rumah, nama jalan, nama bandar, dll) yg menunjukkan tempat tinggal seseorang: pastikan bahawa ~ penerima surat itu telah dituliskan dgn terang dan lengkap pd sampul surat; 4. (Komp) kod pengenalan unik yg digunakan sbg nama atau tanda kedudukan ingatan, daftar, dll dlm sesuatu sistem komputer; 5. ark nama buku dll: ~ buku ini dituliskan dgn huruf besar; 6. bermakna bahawa, menandakan, menunjuk­kan: burung berkicau ~ hari nak siang; ~ tunduk bendera putih tanda menyerah (kalah); alamatnya tandanya: jika ada negara yg mengatur rancangan perangnya sendiri, ~ pakatan itu tidak akan mencapai tujuan bersama; beralamat 1. mempunyai alamat, memberi­kan tanda (pertanda): mimpi yg ~ buruk; awan gelap biasanya ~ turunnya hujan; 2. mempunyai matlamat (sasaran, tumpuan); menembak ~, berkata bertujuan prb tiap per­buatan harus ada maksudnya; 3. mempunyai atau bertulis dgn alamat (keterangan tempat tinggal): setiap sampul surat hendaklah ~ dgn terang dan bersetem; mengalamati membubuh alamat pd: ~ surat; mengalamatkan 1. menunjukkan alamat (tanda), memberi tanda bahawa: matahari telah condong ke barat sbg ~ hari sudah petang; 2. menujukan (surat dll): ~ surat kpd ahli-ahli pertubuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.la.mat]/[Öa.la.mat] | علامت

Definisi : 1 butir-butir keterangan spt nama tempat, nama jalan, nombor rumah, poskod utk menunjukkan tempat tinggal seseorang: Dia sudah berpindah tetapi saya tidak tahu akan ~ barunya. 2 sesuatu yg menjadi tanda akan berlakunya sesuatu; tanda: Hari mendung ~ akan hujan. beralamat ada alamatnya: Surat ini belum ~. mengalamati membubuh alamat pd: ~ surat. mengalamatkan 1 mengirim sesuatu menurut alamat; menujukan: Dia telah ~ surat itu kpd adiknya di kampung. 2 memberi tanda; menunjukkan: Fajar sidik ~ bahawa waktu subuh sudah masuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alamat

Puisi
 

Sayang Encik Ahmad menikam Rahmat,
     Kembang melur kuntum melati;
Minta alamat syukur selamat,
     Di dalam telur lagi nanti.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Jika terjamah benda bertuan,
     alamat nyawa akan melayang.

Bermaksud :

Orang yang mengganggu rumah tangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PASAR MINI ZAARA FRESH MART + ALAMAT33016/2017PASAR MINI ZAARA FRESH MART + ALAMATMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201705/19999Lulus30/05/201731/05/201711:38:39
PASAR MINI ZAARA FRESH MART + ALAMAT33014/2017PASAR MINI ZAARA FRESH MART + ALAMATMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201705/19997Lulus30/05/201731/05/201711:36:51
Averex Technology Sdn Bhd - Perubahan Saiz Papan Tanda & Alamat18510/2016Alamat Kilang Baru:- No.5 , Jalan Tengas 1A , Taman Perindustrian Tengas Hulu Yam Bharu 44300 Batang Kali Selangor DE Perubahan Saiz Papan TandaMajlis Daerah Hulu SelangorHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201604/11797Lulus19/04/201620/04/201608:38:16
affinOnline.com992/2017Pengesahan bahasa hanya pada bahagian penumpang bas. Mohon endahkan pengesahan bahasa pada alamat BTM/BDM bas oleh kerana alamat tersebut telah ditetapkan oleh pihak operator bas. Teks dalam iklan: - Maklumat Akaun - Pembayaran Bill - PermohonanPihak Berkuasa TempatanPerbankanTiadaDBP/KPB/201701/13581Lulus17/01/201718/01/201709:35:39
HYT FOOD INDUSTRIES SDN BHD47603/2016Kami ingin memaklumkan bahawa syarikat kami akan berpindah ke alamat yang di nyatakan di bawa tidak lama lagi Alamat PT 9891 (2738) Jalan Industri 12, KaMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/12777Lulus29/09/201630/09/201611:06:10
Hari Terbuka43195/2015Kepada Tuan/Puan, perkataan bahasa Mandarin itu adalah nama tadika dalam bahasa mandarin. 03/09/15 kita sudah hantar satu permohonan sama dengan ini hanya itu ada alamat. Sekarang kita tak mahu letak alamat jadi kita mohon sekali lagi. Sila tuan semak sekMajlis Perbandaran Subang JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201511/06598Lulus05/11/201505/11/201514:40:21
Alamat Kilang Pada Tembok Pagar (sama dengan iklan 5597)5596/2017HYBRID ALLIED SDN. BHD. (No. sykt. 741595-U) HYBRID ALLIED DAIRY COMPANY SDN. BHD. (No. sykt. 791794-T) No. 29 dan 31, Jalan Kesidang 1, RCI Park, Kawasan Industri Sg. Choh, Sg. Choh, 48200 Serendah, Selangor.Majlis Daerah Hulu SelangorPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201702/10021Lulus03/02/201703/02/201712:00:57
ALAMAT TASKA DAN WAKTU OPERASI3378/2015TASKA IDAMAN SEJATI NO. PENDAFTARAN : JM0584652-W PUAN SALINA - 012-7117761 WAKTU OPERASI : ISNIN - JUMAAT : 6.30 PG. - 6.30 PTG. SABTU : 6.30 PG. - 2.30 PTG. AHAD DAN CUTI UMUM : TUTUP NO. 170, JLN. CERMAI 13, TMN. KOTA MASAI, P. GUDANG, JOHOR.Majlis Bandaraya Johor BahruPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201501/06743Lulus26/01/201528/01/201511:52:49
Alamat Perniagaan & skop Perniagaan29340/2014HIS WORLDWIDE (M) SDN . BHD No.14 Jalan Jaya Gading 3, Kawasan Industri Jaya Gading 26070 Kuantan, Pahang Darul Mkamur Telefon : 609-5381633 Faks : 609-5381345Majlis Perbandaran KuantanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/04744Lulus15/12/201415/12/201415:50:50
ALAMAT PALING DIIDAMI16573/2014TiadaMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201407/05653Lulus19/07/201423/07/201415:04:47
12345678910...

Kembali ke atas