Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lang] | الڠ

Definisi : 1. nama timang-timangan bagi anak yg ketiga; 2. tidak terlalu besar (tua dll) dan tidak pula terlalu kecil (muda dll), sedang, seder­hana, tanggung(-tanggung); keris ~ keris yg sedang atau sederhana panjangnya; sau­dara yg ~ saudara yg bukan bongsu dan bukan sulung; 3. sedikit, kurang: masalah tersebut memakan masa dan tenaga yg bukan ~; ~ kepalang sedikit, tidak cukup, tanggung(-tanggung); bukan ~ kepalang bukan sedikit, sangat, terlampau; alang-alang, alang-alangan 1. setengah-setengah, tidak sungguh-sungguh, setengah hati: bekerja ~; 2. sedikit, kurang: bukan ~ bukan sedikit, terlalu, sangat; ~ berminyak biar licin = ~ mandi biar basah = ~ berdakwat biar hitam prb kalau mengerja­kan sesuatu janganlah sekerat jalan; ~ menye­luk pekasam biar sampai ke pangkal lengan prb kalau sudah terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya; alangkah 1. kata yg melahirkan rasa kagum, hairan, dsb: ~ cantiknya bunga-bungaan di taman itu; 2. betapa: ~ (baik, buruk, besar, kecil, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lang] | الڠ

Definisi : 1. (me)lintang; menarik garis ~ menarik garis melintang; 2. kayu yg dipasang melintang (di antara dua tiang atau dua dinding): supaya jangan bergeser dipasang ~ antara kedua-dua tiang itu; 3. dinding, penyekat (bilik dsb): ~ rumah; ~ balai penyekat balai; ~ jambatan bahagian yg melintang pd jambatan di pelabuhan; ~ mahligai penyekat di mahligai; ~ muka papan melintang antara dinding perahu atau pd belat (tempat berjalan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lang] | الڠ

Definisi : = alangan ark hadiah, pemberian; ~ berjawab, tepuk berbalas prb kebaikan dibalas dgn kebaikan, kejahatan dgn kejahatan pula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lang] | الڠ

Definisi : 1 kayu yg dipasang melintang (di sebelah atas) di antara dua tiang atau dinding. 2 melintang (ttg letak sesuatu); lw memanjang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.lang] | الڠ

Definisi : 1 tidak terlalu besar (tua) dan tidak pula terlalu kecil (muda); sedang; tengah-tengah: keris ~ keris yg tidak panjang dan tidak pula pendek. 2 sedikit; kurang: tidak ~ tidak sedikit; banyak. ~ kepalang ada tetapi tidak mencukupi. alang-alang, alang-alangan tidak sungguh-sungguh; setengah-setengah: ~ mandi, biar basah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alang

Puisi
 

Alang-alang mandi di dulang,
     Sayang keroncong beri bertali;
Alang-alang didengar orang,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Alang-alang berminyak,
     biar licin.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Mati-mati berdakwat biar hitam, c. Mati-mati berminyak biar licin, d. Mati-mati mandi biar basah).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
ALANG THAI24723/2017TiadaMajlis Perbandaran Pasir GudangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201704/18511Lulus25/04/201726/04/201714:16:35
PAPAN TANDA KEDAI MAKAN32765/2014KEDAI MAKAN ALANG SIMPANG TIGAMajlis Perbandaran Alor GajahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/05671Lulus23/12/201423/12/201414:41:42
KEDAI KOSMETIK31319/2015KEDAI KOSMETIK SHABRINA COSMETIC NO. 43C, JALAN RAJA ALANG, KAMPUNG BARU, 50300 KUALA LUMPUR. DIMILIKI OLEH: SHABRINA COSMETIC (002430399-X)Dewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201508/05459Lulus07/08/201507/08/201515:09:40
KEDAI KOSMETIK38162/2015KEDAI KOSMETIK MITRA PRIMA NO. 124D, UNIT 12, JALAN RAJA ALANG, 50300 KUALA LUMPUR. DIMILIKI OLEH: MITRA PRIMA NIAGA (002441354-X)Dewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201509/08640Lulus28/09/201530/09/201508:36:25
Papan Tanda Iklan Syarikat4669/2016Pejabat Urusan tenaga s & a enterprise No. 68, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur. No. Tel. / Faks. : 03 - 2698 3230Dewan Bandaraya Kuala LumpurPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201601/10917Lulus28/01/201629/01/201608:23:27
KEDAI KOSMETIK DAN PRODUK KESIHATAN31823/2017KEDAI KOSMETIK DAN PRODUK KESIHATAN Neubina Jaya UNIT SATU, NO. 124-D, JALAN RAJA ALANG, KAMPUNG BARU, 50300 KUALA LUMPUR. DIMILIKI OLEH: NEUBINA JAYA ENTERPRISE (002653622-H)Dewan Bandaraya Kuala LumpurKosmetikTiadaDBP/KPB/201705/18688Lulus24/05/201725/05/201714:19:28
PEJABAT URUSAN11971/2014PEJABAT URUSAN PT ILMA GLORY SDN. BHD. NO.51A, PODIUM ZIKAY 53, JALAN RAJA ALANG, KAMPUNG BARU, 50300 KUALA LUMPUR. DIMILIKI OLEH: PT ILMA GLORY SDN. BHD. (1079877-X)Dewan Bandaraya Kuala LumpurPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201406/04013Lulus04/06/201404/06/201411:33:00
KEDAI KOSMETIK DAN PRODUK KESIHATAN8044/2014KEDAI KOSMETIK DAN PRODUK KESIHATAN PT HARAPAN BUNDA NO. 30-6, WISMA SABARUDIN, JALAN RAJA ALANG, KG. BARU 50300 KUALA LUMPUR. DIMILIKI OLEH: PT HARAPAN BUNDA SDN. BHD. (959364-P)Dewan Bandaraya Kuala LumpurKosmetikTiadaDBP/KPB/201404/04344Lulus23/04/201424/04/201411:44:26
PAPAN TANDA NIJA FIMAM TRADING40216/2016NAIJA FIMAM TRADING & SERVICES (002555078-W)] LOT 7, SAFUAN BAZAAR, NO.3 JALAN RAJA ALANG, 50300 KUALA LUMPUR EMAIL: fimam09@yahoo.com 011-2730 2748 018-2853 547Dewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201608/10693Lulus17/08/201618/08/201608:25:52
PEMBORONG DAN PENJUAL PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN3935/2014PEMBORONG DAN PENJUAL PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN PT ILMA GLORY NO. 51A, TINGKAT BAWAH, PODIUM ZIKAY 53, JALAN RAJA ALANG, KG. BARU, 50300 KUALA LUMPUR. DIMILIKI OLEH: PT ILMA GLORY SDN. BHD. (1079877-X)Dewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201403/02895Lulus04/03/201404/03/201409:50:52

Kembali ke atas