Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ma.nah] | امانه

Definisi : 1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: baha­gia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan ama­nah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mah­kamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta; 6. (Eko) peraturan yg menen­tu­kan tujuan dan pentadbiran harta amanah; ~ saham skim pelaburan yg dikendalikan dan diurus oleh sesebuah organisasi bagi pihak pelabur: A~ Saham Bumiputera; A~ Saham Mara; A~ Saham Nasional; 7. ark pesan, amanat; beramanah ark beramanat; mengamanahkan 1. mempercayakan (me­nye­rah­kan kepercayaan) kpd, menyerahkan (utk disimpan, dilakukan sesuatu, dsb): lombong-lombong itu dikuasai oleh orang-orang yg diamanahkan oleh raja; barang dagangan yg diamanahkannya kpd Nakho­da Jaya; 2. ark mengamanatkan; pengamanahan perihal (perbuatan, tinda­kan dsb) mengamanahkan: penyerahan tepak sirih ini bermakna rasmilah upacara ~ tanggungjawab kpd pembawa adat; pengamanah orang atau badan dsb yg memegang (menguruskan, melaksanakan, dll) sesuatu amanah, pemegang amanah: ~ boleh membuat perisytiharan bagi pembentukan badan amanah tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ma.nah] | امانه

Definisi : 1 dpt dipercayai; jujur: Jangan bimbang, sahabatku itu ~ orangnya. 2 sesuatu yg dipercayakan kpd orang lain: Bahagian timur Pulau Papua telah diurus oleh Australia sbg ~ drpd Bangsa-Bangsa Bersatu; 3 nasihat, perintah dll yg diterima utk dilaksanakan atau utk disampaikan kpd orang lain; wasiat; pesan: Arwah ayahmu ada meninggalkan ~ supaya engkau terus belajar hingga ke universiti. beramanah menyampaikan amanah; berpesan. mengamanahkan 1 memberi amanah atau pesan kpd. 2 mempercayakan sesuatu kpd: Allahyarham telah ~ segala bukunya kpd Universiti Malaya. pengamanahan perihal atau perbuatan mengamanahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amanah


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Permodalan Nasional Berhad35777/2015-Perkhidmatan pewarisan unit amanah ASNB tanpa proses pentadbiran harta pusaka - Sebelum menandatangani sebarang dokumen, pemegang unit dinasihatkan untuk membaca dan memahami terma dan syarat Hibah Amanah atau Pengisytiharan Amanah yang terkandung dalamDewan Bandaraya Kota KinabaluPelaburanTiadaDBP/KPB/201509/06683Lulus09/09/201510/09/201508:43:52
HSBC AMANAH18193/2017KINI DI Daftar dan berbelanja dengan Kad-i Kredit HSBC Amanah dan dapatkan Pulangan Tunai* hingga RM688 Kunjungi kami hari ini! *Tertakluk pada Terma dan Syarat Dikeluarkan oleh HSBC Amanah Malaysia BerhadMajlis Perbandaran Subang JayaPerbankanTiadaDBP/KPB/201704/14766Lulus07/04/201707/04/201709:48:59
HSBC AMANAH18190/2017KINI DI Dapat pembiayaan hingga RM150,000* dengan HSBC Amanah Pembiayaan Peribadi-i Kunjungi kami hari ini! *Tertakluk pada Terma dan Syarat Dikeluarkan oleh HSBC Amanah Malaysia BerhadMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/14765Lulus07/04/201707/04/201709:47:29
Hibah Amanah15514/2015Hibah AmanahMajlis Bandaraya Shah AlamPerbankanTiadaDBP/KPB/201504/08155Lulus23/04/201527/04/201508:47:54
2016 HSBC Amanah 8%19161/20162016 HSBC Amanah 8%Majlis Perbandaran Batu PahatPelaburanTiadaDBP/KPB/201604/12280Lulus21/04/201622/04/201614:12:01
AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD14662/2016PEJABAT URUSAN AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD CAWANGAN SHAH ALAMMajlis Bandaraya Shah AlamPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201604/11045Lulus15/04/201615/04/201610:26:44
PEJABAT URUSAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA3781/2015AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (CAWANGAN ALOR GAJAH)Majlis Perbandaran Alor GajahPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201501/07128Lulus28/01/201530/01/201509:15:52
HSBC AMANAH18185/2017KINI DI 5% setahun* Untuk penempatan Deposit Terma-i Kunjungi kami hari ini! *Tertakluk kepada Terma dan Syarat Dikeluarkan olehHSBC Amanah Malaysia BerhadMajlis Perbandaran Subang JayaPerbankanTiadaDBP/KPB/201704/14231Lulus05/04/201705/04/201714:38:22
Amanah Saham Nasional Berhad30178/2015PEJABAT URUSANMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201508/05727Lulus11/08/201511/08/201515:58:32
HSBC AMANAH11098/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201901/17106Lulus17/10/201629/01/201912:20:57
12345

Kembali ke atas