Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.pun] | امڤون

Definisi : kebebasan drpd hukuman (kerana dosa atau kesalahan yg telah dilakukan), maaf: meminta ~ atas segala kesalahan; mengampuni memberi ampun (kpd sese­orang), memaafi (seseorang): baginda mem­punyai kuasa utk ~ orang salah; mengampunkan memberikan ampun (akan sesuatu), memaafkan (kesalahan dsb sese­orang): mudah-mudahan Tuhan jua akan ~ dosa hamba-Nya; terampun telah atau dapat diampuni atau diampunkan: dia menangis kerana dosanya dgn emak dan ayah belum lagi ~; jika orang yg berkenaan bersetuju memaafkannya, insya-Allah dosa umpatan itu ~; ampunan 1. = keampunan ampun maaf: menunggu-nunggu ~ drpd orang tuanya; 2. = pengampunan; pengampunan pembebasan drpd hukuman dan tuntutan: ~ kpd pengganas-pengganas yang telah insaf dan menyerah diri; pengampun yg suka mengampuni: Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha P~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.pun] | امڤون

Definisi : lepas atau bebas drpd kesalahan; maaf: memberi ~; meminta ~. mengampuni memberi ampun kpd seseorang yg bersalah atau berdosa; memaafi: Semoga Allah ~ ayah saya. mengampunkan menghilangkan kesalahan atau dosa seseorang; memaafkan: Oh, Tuhan! Ampunkanlah dosaku. terampun telah atau dpt diampunkan: Dia berdoa kpd AIlah agar segala dosanya ~. pengampunan perbuatan (hal dsb) mengampuni atau mengampunkan: ~ beramai-ramai. pengampun orang yg mudah mengampuni seseorang atau mudah mengampunkan kesalahan orang lain; pemaaf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ampun

Puisi
 

Anak ayam turun satu,
     Satu mati sambar helang;
Minta ampun Tuhan yang satu,
     Minta mati dalam Islam.


Lihat selanjutnya...(5)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
VIVO46161/2015(Menu makanan tidak dapat terjemahkan kepada bahasa kebangsaan kerana ia adalah ikut buku menunya yang berbahasa inggeris. Sebab itu, ia buat dalam fonts yang italic.) Sila ampun !Majlis Daerah SegamatMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201511/08678Lulus20/11/201523/11/201508:34:41
VIVO46156/2015(Menu makanan tidak dapat terjemahkan kepada bahasa kebangsaan kerana ia adalah ikut buku menunya yang berbahasa inggeris. Sebab itu, ia buat dalam fonts yang italic.) Sila ampun !Majlis Daerah SegamatMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201511/08676Lulus20/11/201523/11/201508:31:15
Selamat Hari Deepavali41797/201520% diskaun untuk kesemua hidangan vegetarian (Menu makanan tidak dapat terjemahkan kepada bahasa kebangsaan kerana ia adalah ikut buku menunya yang berbahasa inggeris. Sebab itu, ia buat dalam fonts yang italic.) Sila ampun !Majlis Daerah SegamatMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201510/09804Lulus21/10/201523/10/201509:47:29

Kembali ke atas