Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na.li.sis] | اناليسيس

Definisi : penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam: ~ natrium klorida; menggubal sesuatu dasar memerlukan masa yg lama, penelitian dan ~ yg tajam dlm semua segi; ~ kos faedah (Eko) penilaian kos sesuatu perusahaan berbanding dgn faedah atau keuntungan perusahaan tersebut; ~ kualitatif (Kim) analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik utk mengenal pasti sesuatu unsur, sebatian, campuran, dll; ~ kuantitatif (Kim) analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik utk menentukan kuantiti setiap juzuk yg dike­tahui terdapat di dlm sesuatu sebatian atau larutan; ~ nisbah (Eko) kaedah penilaian prestasi sesebuah organisasi berdasarkan nisbah kewangan dan nisbah kendalian yg diperoleh drpd maklumat kewangan organi­sasi tersebut; ~ penyata kewangan (Eko) penilaian risiko, kredit, atau pelaburan sesebuah organisasi berdasarkan maklumat drpd kunci kira-kira, penyata pendapatan, dll; ~ pulang modal (Eko) penilaian banyak­nya jualan, harga jualan, dan jumlah belanja sesuatu keluaran utk menentukan untung rugi keluaran tersebut; ~ sistem (Komp) penelitian kegiatan, peraturan, kaedah, teknik atau cara kerja sesuatu sistem utk menentukan masalah dan keperluan sistem tersebut serta menentu­kan cara utk menyelesaikan, memperbaik atau melaksanakan sistem dgn berkesan; ~ volumetri (Kim) analisis kuantitatif gas atau larutan berasaskan ukuran isi padu; menganalisis melakukan analisis ke atas sesuatu (bahan, data, dll): darah harus di­ambil drpd kedua-dua ibu bapa utk diana­lisis; bahkan buku tatabahasa yg ~ aturan bahasa pun masih menggunakannya secara tidak tetap; ~ teks yg digunakan sbg data; penganalisisan perbuatan (proses) meng­analisis: pengumpulan dan ~ maklumat; ~ sebuah cerita yg mudah; penganalisis orang (pihak) yg menganalisis: kaedah ini masih popular digunakan di kalangan para ~ perniagaan di Amerika Syarikat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.na.li.sis] | اناليسيس

Definisi : 1 penghuraian atau pengupasan sesuatu perkara utk mengetahui selok-beloknya (buruk baiknya dll); kajian. 2 pemisahan bahagian sesuatu sebatian atau bahan dgn kaedah kimia. ~ kualitatif ist analisis utk mengenal pasti sama ada sesuatu unsur atau sebatian dlm keadaan tulen atau campuran, melalui ujian kimia atau kaedah fizik. ~ kuantitatif ist analisis utk menentukan kuantiti setiap juzuk yg terdapat di dlm sesuatu sebatian atau larutan melalui ujian kimia atau kaedah fizik. ~ sistem ist penelitian terhadap peraturan, kaedah, teknik atau cara kerja sesuatu sistem utk menentukan masalah dan keperluan sistem tsb serta menentukan cara utk menyelesaikan masalah, memperbaik atau melaksanakan sistem dgn berkesan. menganalisis 1 menghuraikan sesuatu perkara utk mengetahui selok-beloknya dll; mengkaji. 2 menceraikan sesuatu bahan kpd bahagian-bahagiannya dgn kaedah kimia. penganalisisan hal atau perbuatan menganalisis. penganalisis orang yg menganalisis sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata analisis


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PEJABAT URUSAN PROSES ANALISIS DAN INSTRUMEN CENTRIONICS SDN. BHD.10301/2015PEJABAT URUSAN PROSES ANALISIS DAN INSTRUMEN CENTRIONICS SDN. BHD. NO.23, JALAN SUNGAI JERLUH 32/196, SEKSYEN 32, 40460 SHAH ALAM, SELANGOR.Majlis Bandaraya Shah AlamPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201503/07895Lulus26/03/201526/03/201515:25:54
MAKMAL ANALISIS3429/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201712/14463Lulus06/04/201626/12/201717:18:23
PERUSAHAAN SISTEM ANALISIS17692/2014TiadaMajlis Daerah KulaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201408/03168Lulus08/08/201408/08/201414:39:28
Perkhidmatan Pengujian dan Analisis8021/2015TiadaMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201503/05852Lulus10/03/201512/03/201508:40:31
Perkhidmatan Pengujian dan Analisis6676/2015TiadaMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201503/04739Lulus27/02/201502/03/201512:25:05
FACE SCAN13095/2017PERCUMA! ANALISIS WAJAH DAN KONSULTASI TEMPAH SEKARANG 0166830238 NO.23, JALAN PLUMBUM R 7/R, SEKSYEN 7 40000 SHAH ALAM, SELANGOR.Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201703/16176Lulus14/03/201715/03/201711:06:51
GB Academy5065/2014PENDAFTARAN LULUSAN DIPLOMA NUS DALAM ANALISIS SISTEMMajlis Bandaraya Johor BahruPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201403/03772Lulus18/03/201418/03/201414:55:58
Suunto7240/2015Ini GPS untuk pelari. Rangcang, analisis dan kongsi larian anda di. Suunto app yang khusus untuk larian. 12 jam hayat bateri dengan GPS. Sila hubungi:Majlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201503/05232Lulus04/03/201505/03/201513:59:46
slimworld beauty house sb - banner - erra24361/2015percuma analisis kesihatan / logo syarikatMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201506/09130Lulus26/06/201529/06/201510:00:25
E S Laboratories (M) Sdn. Bhd.37285/2016Jenis Perniagaan Yang Dijalankan Berkaitan Dengan Analisis MakmalMajlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201608/08224Lulus03/08/201604/08/201608:51:07
12

Kembali ke atas