Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ngin] | اڠين

Definisi : angin yg bertiup dr sebelah tenggara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ngin] | اڠين

Definisi : 1 udara yg bergerak: Kertas-kertas yg bersusun di atas mejanya habis berterbangan ditiup ~. 2 udara yg dimampatkan (spt yg diisikan ke dlm tayar dsb); Tayar kereta itu tidak cukup ~. 3 gas yg terdapat dlm tubuh badan (biasanya dikeluarkan ketika kentut atau sendawa). 4 udara secara umum: mengambil ~ berjalan-jalan menyedut udara bersih. ~ ahmar keadaan yg terjadi dgn tiba-tiba disebabkan saluran darah tersumbat, rosak atau pecah, yg mengakibatkan hilang kemampuan utk menggerakkan sesetengah anggota badan. ~ badai angin yg datang dr sesuatu jurusan hingga beberapa hari lamanya. ~ barat angin yg datang dr sebelah barat. ~ darat angin yg bertiup dr darat. ~ gila angin yg tidak tentu haluannya. ~ lalu khabar yg tidak tentu benar tidaknya. ~ laut angin yg bertiup dr laut. ~ paksa angin yg baik utk belayar. ~ puyuh (puting beliung) angin yg berpusing. ~ sepoi-sepoi (bahasa) angin yg bertiup perlahan-lahan. angin-angin khabar yg belum sah; desas-desus; khabar angin. angin-anginan orang yg kelakuannya tidak tetap. berangin 1 ada angin bertiup. 2 ada anginnya atau berisi angin: Tayar belakang basikal itu tidak ~. mengangin 1 memisahkan padi dr hampanya dgn menjatuhkannya dr tempat tinggi ketika angin bertiup: ~ padi. 2 menjadi angin (hilang lenyap). mengangini memasukkan angin ke dlm (tayar dsb); meniupkan angin pd; memberi berangin. menganginkan ki memberitahukan sesuatu tidak dgn terus terang; membayangkan. memperanginkan meletakkan sesuatu di tempat yg berangin; menjadikan berangin: Dia ~ kainnya yg basah itu di bawah kipas. peranginan; tempat ~ tempat beristirahat. anjung ~ anjung tempat duduk-duduk berehat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angin

Puisi
 

Angin ini angin apa? Angin melelai pucuk jambu;
     Main ini main apa? Main sudah sejelak jemu.


Lihat selanjutnya...(94)
Peribahasa

Angin tak dapat ditangkap,
     asap tak dapat digenggam.

Bermaksud :

Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.

 

Lihat selanjutnya...(35)

535

No smoke without fire

Khabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakap

Kalau tiada api, masakan ada asap

The government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’’etat by a new junta, but no smoke without fire , and the public remained concerned.

Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi kalau tiada api, masakan ada asap, dan orang ramai tetap resah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Angin dan air60821/2016Angin dan AirMajlis Daerah Kuala SelangorMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/10747Lulus04/12/201605/12/201608:59:36
Angin dan Air Sign33575/2016Angin dan AirMajlis Bandaraya Shah AlamPetroleumTiadaDBP/KPB/201607/10106Lulus12/07/201614/07/201609:19:22
Angin & Air40994/2015Angin & AirMajlis Perbandaran Port DicksonHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201510/08583Lulus15/10/201515/10/201515:15:51
Angin dan Air47094/2016Angin dan AirMajlis Daerah Hulu SelangorHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/11868Lulus24/09/201626/09/201611:51:26
ANGIN DAN AIR32747/2016Angin dan AirMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201607/09517Lulus01/07/201611/07/201616:04:15
Banner elektrik19748/2017kipas angin mesin basuh pemansa air penyaman udara peti sejukMajlis Perbandaran SerembanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201704/14566Lulus06/04/201706/04/201714:37:01
SIGNBOARD PETRONAS32752/20161. USJ 14 2. Angin dan Air 3. PETRONAS (pandangan tepi) 4. PETRONAS (pandangan depan) 5. Mesra dan LogoMajlis Perbandaran Subang JayaPetroleumTiadaDBP/KPB/201607/09654Lulus12/07/201612/07/201611:15:40
Iklan Stesen Minyak Petron54436/2016ANGIN & AIRMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201611/10582Lulus02/11/201603/11/201608:58:24
PEMBEKAL PAKAIAN SERAGAM14494/2016Kemeja-T . Uniform . Jaket Adang Angin . Top . Tuala . Sulaman . Cetakan Saring SuteraMajlis Perbandaran Ampang JayaPakaianTiadaDBP/KPB/201603/12852Lulus30/03/201631/03/201608:01:04
hirudo6537/2014Refleksologi Kaki, Terapi Lintah, Urutan badan, Bekam Angin, Pusat Urutan refleksologi dan rawatan terapi lintah Refleksologi Dan Terapi Lintah Pandan Uptown Market, Jalan Pandan Ria1, 81100 Johor bahru Tel.: 013-758 2610Majlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201404/03113Lulus03/04/201403/04/201414:38:47
12

Kembali ke atas