Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.rah] | اره

Definisi : 1. hala, jurusan: ia mencari ~ datangnya suara itu; 2. maksud, tujuan: bercakap tidak tentu ~; ~ aliran arah sesuatu pergerakan, perkem­bangan (sama ada makin meningkat atau menurun); ~ ke = ke ~ hala ke, menuju ke, menghadap ke; searah sama arahnya, sehaluan, sejurusan, setujuan; arah-arah Mn serupa, hampir sama; berarah mempunyai arah, berhala, ber­ha­luan, bertujuan: ~ ke selatan; mengarah 1. menghadap ke sesuatu arah, menghala: pintu kota itu ~ ke sebelah barat; 2. membawa kita ke sesuatu arah (bkn jalan, jambatan, dsb), pergi ke sesuatu arah (bkn orang, kenderaan, dsb), menuju: sebuah jam­batan ~ ke Banting; berjalan ~ ke Kajang; 3. memberi tekanan pd sesuatu hal, berat, condong: perbincangan mereka ~ kpd hal yg lebih berat spt masalah kemiskinan orang-orang Melayu; 4. mengepalai, menge­tuai: ~ peperangan melawan pengganas komunis; 5. mengatur (mengurus atau menge­lolakan serta menyelia) sesuatu persembahan seni spt drama (filem dsb): beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu; 6. menyuruh kenderaan dsb mengikut sesuatu jalan (bkn polis lalu lintas dsb): polis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup; mengarah-arahi 1. menyamai, menyerupai: rupanya ~ ayahnya; 2. mengecamkan, menandai (melihat utk mengenal): ~ rupa orang; mengarahkan 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. = mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar: ~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perin­tah: polis diarahkan bersikap sopan; terarah 1. terhala, tertuju, dimaksudkan: kata-katanya itu ~ kpd lawannya; 2. telah ditentukan arahnya (tujuannya): peran­cangan dan perkembangan yg ~; arahan 1. pimpinan, pengawasan: filem ~ pengarah Hussain Haniff; 2. petunjuk, pe­rintah: duta itu berkata, ~ mengenai perkara ini sedang ditunggu dr Kaherah; ~ bank (Eko) arahan pelanggan kpd bank utk mem­buat pembayaran bagi pihaknya kpd bank lain; 3. ark orang yg menjadi pembantu; pengarahan 1. perbuatan mengarahkan (menghalakan), penghalaan: ~ peluru ber­pandu; 2. perihal mengarah (memberi teka­n­an pd sesuatu, condong terhadap sesuatu, dsb): ~ kpd sesuatu sumber itu bergantung pd sifat pertembungan kebudayaan dan hubungan sosial; pengarah 1. orang yg kerjanya mengarah (filem, drama, dsb); 2. orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb): P~ Per­khidmatan dan Perjawatan; ~ bukan eksekutif pengarah sesebuah syarikat yg bukan ahli sepenuh masa syarikat itu, tetapi mem­berikan khidmatnya dlm mena­sihati pengarah-pengarah lain; ~ eksekutif ahli lembaga sesebuah syarikat yg juga merupakan staf (biasanya sepenuh masa) syarikat itu yg mempunyai tanggungjawab tertentu, mis yg berkaitan dgn kewangan dan pengeluaran; ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syari­kat yg bertanggungjawab kpd lembaga peng­arah dan terhadap keseluruhan pengu­rusan dan perjalanan syarikat; kepengarahan perihal (sifat, bakat, ke­boleh­an dsb) yg berkaitan dgn pengarah: sedia­kanlah diri dgn ilmu ~ dahulu, bukan­nya sekadar mengisi kalendar pengarah di sesebuah produksi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rah] | اره

Definisi : 1 hala yg dituju; jurusan: Ketika keluar dr biliknya, dia menjeling ke ~ kami. ~ songsang jam arah yg berlawan dgn arah putaran jarum jam. 2 tujuan; maksud: berkata tidak tentu ~ berkata dgn tidak tentu maksudnya. mengarah pergi atau menghadap ke arah tertentu; menghala; menuju: Meriam-meriam itu telah dipasang ~ ke laut. mengarahkan 1 menggerakkan sesuatu ke arah; menghalakan; menujukan; menghadapkan: Sambil berundur hendak lari, penyamun itu ~ pistolnya kpd kami. 2 mengeluarkan perintah dsb kpd; memerintahkan: Kapten tsb ~ orang-orang bawahannya mengepung kubu pengganas itu. 3 memimpin perusahaan, jabatan dsb; mengurus; mengelolakan: Seorang yg berpengalaman selama beberapa belas tahun dilantik utk ~ syarikat perniagaan itu. arahan 1 pimpinan; kelolalan: Drama itu dipentaskan di bawah ~ Encik Kassim. 2 perintah: Kerajaan telah mengeluarkan ~ melarang bermain mercun. ~ komputer ist arahan yg diberikan kpd komputer utk melaksanakan tugas tertentu. pengarahan perihal, perbuatan dsb mengarah atau mengarahkan. pengarah orang yg mengarahkan; pengelola (dlm sesuatu jabatan dsb): ~ Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat yg bertanggungjawab kpd lembaga pengarah dan terhadap seluruh pengurusan dan perjalanan syarikat tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arah

Puisi
 

Tanjung Sempit Kuala Tembeling,
     Arah menghala Lautan Cina;
Dia mengenyit saya menjeling,
     Kenapa seorang jadi merana.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti pikat kehilangan mata.

Bermaksud :

Bingung tak tentu arah. pikat = sebangsa lalat besar.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Ke Arah Melahirkan Generasi "Smart Muslim"28980/2014Ke Arah Melahirkan Generasi "Smart Muslim"Majlis Bandaraya Shah AlamPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201411/05385Lulus21/11/201424/11/201409:13:49
Papan Tanda Arah Restoran38895/2015Tanda arah telah diterjemahkan dalam bahasa MelayuDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201510/06855Lulus02/10/201502/10/201515:25:38
KE ARAH PEMBENTUKAN PENTADBIR PROFESIONAL MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM15058/2016KE ARAH PEMBENTUKAN PENTADBIR PROFESIONAL MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM 28 APRIL 2016 (KHAMIS) HUBUNGI KERJASAMA:Majlis Perbandaran KuantanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/09165Lulus01/04/201601/04/201615:58:21
PENUNJUK ARAH15871/2014LOGO "HARRIS CARWASH"..PAPAN IKLAN SISI PENUNJUK ARAH KELUAR DAN MASUKMajlis Bandaraya Shah AlamPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201407/04954Lulus11/07/201411/07/201415:08:48
SHAH ALAM KE ARAH PENGURANGAN BEG PLASTIK DAN BEBAS POLISTIRENA1073/2017Shah Alam Ke Arah Pengurangan Beg Plastik dan Bebas Polistirena #BEBASPLASTIK 7 HARI SEMINGGU BAWA BEKAS MAKANAN GUNAKAN BEKAS MAKANAN MESRA ALAM TIDAK MENGGUNAKAN BEG PLASTIK TIDAK MENGGUNAKAN BEKAS POLISTIRENAMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201701/12027Lulus06/01/201709/01/201712:33:20
SHAH ALAM KE ARAH PENGURANGAN BEG PLASTIK DAN BEBAS POLISTIRENA 2017731/2017Shah Alam Ke Arah Pengurangan Beg Plastik dan Bebas Polistirena 2017 - Bawa Bekas Makanan - Gunakan Bekas Makanan Mesra Alam - Tidak Menggunakan Beg Plastik - Tidak Menggunakan Bekas Polistirena Makluman Sekiranya pihak peniaga/penjaja TIDAK MENGUNAMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201701/11919Lulus06/01/201709/01/201708:59:38
Kami telah berpindah ke arah bertentangan kedai35811/2015TECK SIONG INGREDIENT TRADING KAMI TELAH BERPINDAH KE ARAH BERTENTANGAN KEDAI 012-7145620,013-7728580 No, 7 , Jalan JenangMajlis Perbandaran Batu PahatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201509/06796Lulus10/09/201510/09/201514:53:41
Papan Tunjuk Arah Amverton Greens12680/2017KONDOMINIUM PEGANGAN KEKAL AMVERTON GREENS BUKIT KEMUNING GOLF & COUNTRY RESORT ANAK PANAH TUNJUK ARAH PEJABAT JUALAN BUKIT KEMUNING GOLF & COUNTRY RESORT 5122 8889Majlis Bandaraya Shah AlamPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201703/14730Lulus07/03/201708/03/201712:44:54
papan tanda tunjuk arah966/2015papan tanda (dalam bahasa melayu dan bahasa cina), no telefon dan logo petunjuk arahMajlis Perbandaran KajangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201501/04828Lulus13/01/201514/01/201508:48:43
Permohonan Untuk Memasang Papan Tanda29386/2014Kawasan yang dicadangkan Dari arah Plaza Tol Simpang Empat ke Alor Gajah Bulatan perbadanan Alor Gajah Lampu Isyarat Sungai Petai(dari arah melaka dan simpang ampat)-rujuk gambar Sempadan daerah Alor gajah-Melaka tengah(Rembia) Berhadapan dengan lampMajlis Perbandaran Alor GajahAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201412/03636Lulus02/12/201402/12/201416:28:55
12345678910...

Kembali ke atas