Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ra/] | ارق

Definisi : sj minuman yg mengandungi alkohol dan memabukkan, minuman keras; kaki ~ orang yg kuat minum arak; pengarakan tempat membuat arak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ra/] | ارق

Definisi : ; berarak, berarak-arakan 1. ber­jalan beramai-ramai dan beriring-iring: sete­lah itu ~lah mereka berkeliling negeri; 2. bergerak beriring-iring: awan sudah mulai ~ ke Timur; 3. datang (timbul) satu demi satu silih berganti (bkn pelbagai kenangan dsb): bermacam-macam kenangan yg ~ dlm ingatannya; ~ tidak berlari prb perbuatan bersama-sama yg menggirangkan hati tidak perlu diburu-burukan; elok arak di hari panas prb orang yg sukacita kalau beruntung, sebab maksud tercapai; mengarak 1. mengiringi seseorang atau sesuatu beramai-ramai, menghantar (mengusung) beramai-ramai: esoknya disediakan perarakan utk ~ jenazah Raden Menteri ke istana; ~ pengantin; 2. sl bergerak terdahulu (dlm iringan), mendahului: bintang Timur ~ siang; arakan, arak-arakan pawai;perarakan 1. iring-iringan yg mengarak sesuatu, pawai: ~ tidak dapat dibawa kerana hujan; 2. usungan (kereta dll) utk mengarak: Raden Inu pun menyambut isterinya naik ke atas ~; 3. kumpulan orang yg berarak: ~ itu diketuai oleh Yang Dipertua Negeri Melaka;~ haram perarakan yg diadakan tanpa kebenaran pihak yg berkuasa (spt polis dsb); ~ raksasa perarakan yg diadakan secara besar-besaran; pengarak 1. orang dll yg mengarak; 2. orang atau sesuatu yg mendahului seseorang atau sesuatu, pembuka jalan; angin ~ hujan angin yg mendahului hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ra/] | ارق

Definisi : sj minuman keras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.ra/] | ارق

Definisi : ; berarak 1 berjalan beramai-ramai dan beriring-iringan: Selepas mendengar ucapan drpd beberapa orang pensyarah, mereka ~ ke Masjid Negara. 2 bergerak beriring-iringan: Awan ~ ke arah utara. mengarak beramai-ramai mengiringi (membawa berjalan dsb): Lebih kurang pukul lapan malam, kami turut ~ pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. perarakan perbuatan atau hal berarak: ~ Maulud Nabi telah disertai oleh beribu-ribu orang umat Islam. pengarak 1 orang atau sesuatu yg mengarak. 2 orang atau sesuatu yg mendahului seseorang atau sesuatu. angin ~ hujan angin yg mendahului hujan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arak

Puisi
 

Naik gunung mana arak,
     Batu mana tanah air;
Rendah gunung tinggi arak,
     Dari awal sampai akhir.


Lihat selanjutnya...(12)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PEMBORONG ARAK ; AXCEL LIQUOR TRADING SDN. BHD.44467/2016Menjual pelbagai jenis minuman arakMajlis Daerah Kuala SelangorMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201609/10160Lulus09/09/201609/09/201614:59:30
KEDAI CERUT DAN MINUMAN ARAK16754/2014KEDAI CERUT DAN MINUMAN ARAKDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201407/05600Lulus22/07/201422/07/201416:25:43
KEDAI CERUT DAN MINUMAN ARAK16648/2014KEDAI CERUT DAN MINUMAN ARAKDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201407/05597Lulus21/07/201422/07/201416:21:49
KEDAI ARAK7526/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201802/14931Lulus14/08/201526/02/201817:54:56
penjual arak borong35995/2016TiadaMajlis Daerah KulaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201607/12048Lulus26/07/201627/07/201614:24:09
menjual minuman arak52764/2016sam glaryMajlis Perbandaran KuantanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201610/14901Lulus26/10/201627/10/201616:11:57
KILANG50871/2016KILANG ARAK FOCALVEST SDN. BHD. DIMILIKI OLEH: FOCALVEST SDN. BHD. NO. LESEN MPSJ:Majlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201610/13368Lulus18/10/201619/10/201608:16:02
Newridge Global Sdn. Bhd.50966/2016Pemborong Arak Newridge Newridge Global Sdn. Bhd. No. 6, Jalan Riang Utama, Taman Gembira, Tampoi, Johor Bahru, 81200 Johor, Malaysia. E-mel: newridgeglobal@gmail.comMajlis Daerah KulaiMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/13196Lulus17/10/201618/10/201608:29:51
RESTORAN DAN BAR61389/2016JENIS PERNIAGAAN RESTORAN DAN ADA BAR YANG MENJUAL ARAKMajlis Bandaraya Petaling JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201612/11107Lulus06/12/201607/12/201608:25:29

Kembali ke atas