Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sas] | اساس

Definisi : ; ~ 50 akronim bagi Angkatan Sasterawan 1950. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sas] | اساس

Definisi : 1. alas, dasar, tapak (tempat berdirinya sesuatu bangunan): ~ rumah sudah siap; 2. sesuatu yg menjadi sandaran atau pendukung kpd sesuatu yg lain, sandaran bagi sesuatu perbuatan (tindakan, kesimpulan, tuduhan, dll), dasar: pemerintahan negara dgn sistem demokrasi sbg ~nya; tuduhan yg tidak mem­punyai ~; berasas mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yg tidak ~; ~ kpd = berasaskan;berasaskan menggunakan (bersandarkan) sesuatu sbg asas, berdasarkan: sistem ekonomi yg ~ kapitalisme; tuduhan yg ~ bukti yg nyata; mengasaskan 1. menyandarkan (meletak­kan) pd sesuatu sbg asas, mendasarkan: segala usaha diasaskannya pd kepentingan negara; 2. membangunkan (pd peringkat permulaan­nya), memulakan penubuhan, mendirikan: beliaulah yg ~ GPMS pd tahun 1954; terasasnya telah diasaskan: dr situlah ~ di­nasti ke-26;pengasasan perbuatan (proses dsb) meletak­kan sesuatu pd sesuatu asas: ~ prinsip kebebas­an ini amat penting; pengasas orang yg mengasaskan (memula­kan perubahan) sesuatu: pertubuhan itu tidak mencapai tujuan yg dikehendaki oleh ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sas] | اساس

Definisi : 1 tapak rumah (bangunan dsb); dasar: ~ rumahnya sedang dibina. 2 apa-apa yg menjadi dasar sesuatu pendapat (perkumpulan, politik dsb): ~ utama persatuan ini adalah meninggikan taraf hidup orang-orang kampung. berasas ada asasnya: Tuduhannya tidak ~ sama sekali. berasaskan berdasar pd: Seseorang itu dihukum ~ undang-undang dlm negeri. mengasaskan 1 menjadikan sbg asas; mendasarkan: Ia ~ hujahnya pd bukti-bukti yg nyata. 2 mendirikan; membangunkan: Beliaulah yg ~ pertubuhan belia itu. pengasas orang yg mula-mula meletakkan dasar (mendirikan sesuatu pertubuhan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asas


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Akemi Uchi Kodomo5825/2014Akemiuchi dalam bahasa japanese maksudnya 'Rumah'. syarikat kami ialah syarikat yang menjual bahan bahan peralatan rumah terutamanya asas asas kanak kanak,oleh itu kami memilih nama ini.Dewan Bandaraya Kuala LumpurButikTiadaDBP/KPB/201403/04357Lulus26/03/201427/03/201408:24:10
KURSUS ASAS KONTRAKTOR BINAAN26377/2014KURSUS ASAS KONTRAKTOR BINAAN TARIKH : 26-27 NOVEMBER 2014 TEMPAT: HOTEL SENTRAL, JOHOR BAHRU HUBUNGI KAMI: TEL/ SMS/WHASSAPP : 011-17736130Majlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/06435Lulus30/10/201431/10/201411:30:15
Kelas Bimbingan Asas Al Quran42500/2016Kelas Bimbingan Asas Al Quran Dengan Menggunakan Teknik Al Baghdadi Dewasa Kanak-kanak Pagi/Petang/Malam/Hujung Minggu Mudah Dan Berkesan 019-7551545 016-2026554Majlis Bandaraya Shah AlamPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201608/12034Lulus25/08/201626/08/201614:54:49
PENGMBILAN PROGRAM TAHUN ASAS1786/2017PENGAMBILAN PROGRAM KURSUS ASAS SAINS (FOUNDATION IN SCIENCE) - KINI DIBUKA DI KOLEJ TAFE SEREMBANPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201701/15042Lulus27/01/201731/01/201707:45:03
Karnival Usahawan Muda Industri Asas Tani24080/2014Karnival Usahawan Muda Industri Asas TaniDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/04642Lulus08/10/201410/10/201408:01:28
Karnival Usahawan Muda Industri Asas Tani24079/2014Karnival Usahawan Muda Industri Asas TaniDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/04641Lulus08/10/201410/10/201408:01:06
Karnival Usahawan Muda Industri Asas Tani23156/2014Karnival Usahawan Muda Industri Asas Tani 30 Sept - 6 Okt 2014Majlis Perbandaran KlangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/03926Lulus29/09/201401/10/201416:21:19
Karnival Usahawan Muda Industri Asas Tani23155/2014Karnival Usahawan Muda Industri Asas TaniMajlis Perbandaran KlangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/03925Lulus29/09/201401/10/201416:20:55
CERAMAH PERCUMA - KEAJAIBAN KUASA MINDA ASAS KEBAHAGIAAN9976/2015KEAJAIBAN KUASA MINDA ASAS KEBAHAGIAAN TARIKH 12 APRIL 2015 MASA 6.00 PM TEMPAT MASUK PERCUMAMajlis Perbandaran NilaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201503/07649Lulus24/03/201525/03/201508:06:49
PENYIASATAN PENDAPATAN DAN KEMUDAHAN ASAS23072/2016Pembetulan di tajuk iklan; 1) PENYIASATAN PENDAPATAN DAN KEMUDAHAN ASAS 2) PERBELANJAAN ISI RUMAH Slogan: Data Berkualiti untuk Kesejahteraan Isi RumahTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/10484Lulus11/05/201612/05/201612:33:50
123456789

Kembali ke atas