Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sing] | اسيڠ

Definisi : 1. berlainan, terpisah, tersendiri; berasa diri ~ (di sesuatu tempat) berasa diri terpisah atau bukan sebahagian drpd tempat yg ber­kenaan; 2. berasal (datang) dr daerah atau negeri lain, bukan tempatan, bukan anak negeri: banyak bangsa ~ di negeri ini; tanaman modal ~; 3. bukan dr dunia ini: makhluk ~; 4. tidak spt yg biasa terdapat (dilakukan, diamalkan, dll): amalan-amalan yg ~ bagi masyarakat Melayu;asing-asing terpisah-pisah, tersendiri-sen­diri: barang-barang itu dinilai ~;berasing 1. menyisih, memisahkan diri (dr): anak ini ~ dr kawan-kawannya; 2. berubah, menjadi lain: kasihnya sudah ~; berasingan, berasing-asingan tidak ber­satu (bercantum dsb), berlain-lainan, terpisah, berpisah-pisahan: kertas soalan itu terbahagi kpd dua bahagian yg ~; pemerintahan kedua-dua kawasan itu sekarang ~, tetapi masih ada perhubungan yg rapat antara kedua-duanya;mengasing berasing;mengasingkan 1. = memperasingkan memisahkan (dr yg lain), menyisihkan: Afrika Selatan bertujuan menyebelahkan atau ~ orang berkulit putih drpd orang yg ber­warna; ~ diri menyisihkan (memencil­kan) diri; 2. menempatkan (membuang) ke tempat yg terpisah atau terpencil: dia pernah diasingkan ke Boven Digul;terasing terpisah, tersisih, terpencil;keterasingan 1. perihal terasing, keadaan atau kedudukan terasing (tersisih), terasing­nya: satu lagi faktor yg perlu dititikberatkan ialah ~ generasi muda Melayu kerana ber­bagai-bagai masalah sama ada benar-benar wujud atau sengaja diada-adakan; 2. ke­anehan, keganjilan, keluarbiasaan: ~ pera­sa­an itu ada hubungan dgn darahnya sendiri;keasingan sifat dll yg berlainan drpd yg lain, kesendirian, kelainan: tiap-tiap ciptaan sajak mempunyai ~ yg istimewa;pengasingan 1. perihal (perbuatan dsb) mengasingkan atau memisahkan, pemisahan; 2. perihal mengasingkan (menyisihkan, memencilkan) diri: China mengubah sikap ~nya dan mulai membenarkan orang asing masuk; al-Farabi mengamalkan cara hidup zuhud dan cenderung pd ~ diri; 3. tempat dibuang, tempat diasingkan, (tempat) pem­buangan: dr tempat ~ itu ia lari ke daerah musuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sing] | اسيڠ

Definisi : 1 lain; tersendiri: Ia berasa ~ di rumah ibu tirinya. 2 dr luar negara (daerah dsb): Banyak bangsa ~ yg tinggal di Malaysia. 3 tidak biasa; aneh: Sate merupakan makanan yg tidak ~ lagi kpd orang-orang Malaysia. berasingan berlainan; berbeza: Kedua-dua pemburu itu telah mengikut jalan yg ~. mengasingkan 1 memisahkan sesuatu dr yg lain. 2 menjauhkan sesuatu dr orang atau benda lain; memencilkan: Muhammad selalu ~ dirinya di Gua Hira. terasing terpisah dr yg lain; terpencil. perasingan tempat mengasingkan orang: Pulau Buru ialah pulau ~ bagi tokoh-tokoh komunis Indonesia. pengasingan perbuatan atau hal mengasingkan. pengasing orang yg mengasingkan; alat utk mengasingkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asing

Peribahasa

Anak sendiri disayang,
     anak tiri dibengkeng.

Bermaksud :

Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
ASRAMA PEKERJA ASING52677/2016ASRAMA PEKERJA ASING MASJID TANAHMajlis Perbandaran Alor GajahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201610/14618Lulus25/10/201626/10/201609:07:54
ASRAMA PEKERJA ASING52675/2016ASRAMA PEKERJA ASING MERLIMAUMajlis Perbandaran JasinHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201610/14601Lulus25/10/201626/10/201608:55:43
TUKARAN MATA WANG ASING6454/2014TUKARAN MATA WANG ASINGTiadaPerbankanTiadaDBP/KPB/201404/03058Lulus02/04/201403/04/201408:58:33
LAYAK-UNTUK-HAK-MILIK-ASING25070/2016LAYAK-UNTUK-HAK-MILIK-ASINGMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201605/12319Lulus23/05/201624/05/201608:40:19
Pertukaran Mata Wang Asing35544/2016Dunia Sentiasa di sisi dengan penyelesaian pertukaran mata wang asing hsbc. Bila-bila masa, di mana jua, dalam 24 jenis mata wang.Majlis Bandaraya Johor BahruPerbankanTiadaDBP/KPB/201607/11558Lulus22/07/201625/07/201610:03:18
PEJABAT URUSAN "MENYEDIAKAN PEKERJA ASING"18689/2016PEJABAT URUSAN PEMBEKAL PEKERJA ASING Foreign Workers Supplier MASS GLOBAL RESOURCES SDN BHD Hubungi / Contact : 03-33422012 017-6327018 / 017-2010896Majlis Bandaraya Shah AlamPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201604/12076Lulus21/04/201621/04/201611:18:36
PAPAN TANDA TUKARAN MATA WANG ASING5212/2014PAPAN TANDA TUKARAN MATA WANG ASINGMajlis Bandaraya Shah AlamPerbankanTiadaDBP/KPB/201403/03836Lulus19/03/201419/03/201411:03:58
BIRO KEBAJIKAN ORANG-ORANG ASING12509/2016BKOA adalah singkatan bagi Biro Kebajikan Orang-Orang AsingMajlis Perbandaran KuantanPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201603/11389Lulus18/03/201621/03/201608:09:55
ASRAMA PEKERJA ASING39143/2016Dibuka untuk pendaftaran sekarang, sila hubungi Dylan 019-645 3223Majlis Perbandaran JasinMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201608/09447Lulus10/08/201611/08/201610:27:29
Asrama Pekerja Asing29713/2015ISO 9001 CERTIFIED Westlite DormitoryMajlis Bandaraya Johor BahruPerhotelan dan PenginapanTiadaDBP/KPB/201508/05024Lulus05/08/201505/08/201515:06:39
123

Kembali ke atas