Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : 1. kata tanya (menanyakan hal), betapa: ~ keadaan budak yg sakit itu sekarang? 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: parlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; ~ juga bagaimanapun;sebagaimana seperti (yg dikehendaki dll), sama (halnya) dgn, seperti mana: sekolah itu dapat memberi pendidikan ~ yg dikehendaki;bagaimanapun biar apa pun yg terjadi;dibagaimanakan dipengapakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara: ~kah kamu membuat kira-kira ini? sebagaimana seperti (yg ada, yg dikehendaki, yg dirujuk dsb); sama halnya dgn: Dia melakukannya ~ yg dikehendaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagaimana

Puisi
 

Bagaimana mencucuk manik,
     Manik dicucuk di pagi hari;
Abang adik silalah naik,
     Itu air membasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Seminar Ledakan Facebook1428/2014Bagaimana buat duit sepenuh masa atau secara sambilan dengan hanya menghadap facebook.Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201401/03710Lulus28/01/201428/01/201410:05:01
Tune Protect Insurance37814/2015Anda dilindungi Bagaimana pula bagasi andaMajlis Perbandaran Ampang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201509/08432Lulus23/09/201528/09/201515:24:03
Seminar RINDU15233/2015Seminar RINDU Merindui Pasangan Dengan Cara Merindukan Allah SWT RM 50/Pasangan Bagaimana Anda Ingin Menjadikan Rumah Anda Sebagai Gedung Ketenangan Pasangan Anda Sebagai Kunci Kebahagiaan Pasangan Anda Sebagai Penawar Keresahan Hiruk-Pikuk Suara APihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201504/08031Lulus22/04/201524/04/201511:03:56
Hari Terbuka723/20151) Tuisyen Intensif 2) Hari Terbuka 3) Tarikh (10, 17, 24, 31 Jan) 4) Lokasi: Success Minds 5) 0177036620 6) Cabutan bertuah 7) Daftar Sekarang 8) Program Tuisyen terbaik 2015 9) Kami telah menerima cabaran. Anda bagaimana?Majlis Perbandaran KluangPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201501/04731Lulus12/01/201513/01/201509:28:29

Kembali ke atas