Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bai/] | باءيق

Definisi : 1 tidak jahat kelakuannya: Embung kanak-kanak yg ~ dan rajin belajar. 2 tidak ada cacatnya; bagus; elok: Jangan dibuang dodol itu kerana masih ~ dan boleh dimakan. 3 pulih drpd sakit; sembuh: Lukanya sudah ~. 4 tidak sakit; sihat: Kami sekeluarga ~ belaka. 5 kata utk menyatakan bersetuju atau sanggup berbuat sesuatu; ya: “Ali, tolong ambil buku itu!” “~, mak”. baik-baik 1 terhormat dan terpuji (ttg tingkah laku, budi pekerti dsb); tidak jahat: orang ~. 2 dgn sungguh-sungguh; dgn tekun: Belajarlah ~ supaya lulus dlm peperiksaan. 3 hati-hati; ingat-ingat: ~ sewaktu melintas di jalan raya. berbaik 1 berlaku baik (terhadap seseorang); tidak bermusuhan: Aku tidak ingin ~ dgn orang yg suka membuat fitnah spt dia. 2 berdamai kembali (setelah berkelahi): Jangan turut campur dlm hal anak-anak, hari ini mereka berkelahi, esok lusa ~ kembali. berbaik-baik saling berlaku baik (antara beberapa orang): Kita hendaklah hidup ~ antara satu dgn yg lain. membaiki membetulkan apa-apa yg rosak, salah dsb: Pekerja-pekerja dr Jabatan Kerja Raya sedang ~ jambatan yg roboh. membaikkan membuat supaya baik kembali (bkn kesihatan); menyembuhkan: Ubat ini dpt ~ penyakit anda. memperbaik membuat supaya menjadi lebih baik (bagus, rapi dsb): Setiap orang harus berusaha ~ nasibnya. memperbaiki berbuat baik kpd; melakukan selayaknya kpd: Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah Kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba. kebaikan 1 perbuatan yg baik; sifat-sifat yg baik: Atas ~ dan kemurahan hatimu, aku mengucapkan terima kasih. 2 faedah; guna: Pihak pemerintah telah mengadakan berbagai-bagai kemudahan utk ~ rakyat. perbaikan 1 hasil memperbaik: ~ kesihatan rakyat; ~ gaji. 2 hal atau keadaan berbaik kembali: Perselisihan antara kedua-dua pihak itu akhirnya mencapai ~ juga. pembaikan hal atau perbuatan membaiki atau membaikkan: Kerja-kerja ~ jalan raya yg rosak itu memerlukan biaya yg banyak. pembaik orang yg kerjanya membaiki sesuatu: Bapa saya bekerja sbg ~ kereta di Syarikat Volvo di Jalan Syed Putra. sebaik 1 sama baiknya: Rumah yg kita lihat tadi tidak ~ yg ini. 2 pd ketika; baru saja; demi: Semua bendera dikibarkan separuh tiang ~ berita kemangkatan baginda diterima. sebaiknya semestinya; sepatutnya: ~, kita berbincang dulu sebelum bertindak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baik

Puisi
 

Baik-baik menebang jati,
     Biar serpih tumbang jangan;
Baik-baik mencari ganti,
     Biar terlebih kurang jangan.


Lihat selanjutnya...(230)
Peribahasa

Tak hilang cahaya manikam,
     oleh jatuh ke limbahan sekalipun.

Bermaksud :

Orang yang baik-baik itu biar miskin sekalipun, akan kelihatan juga perangai dan kelakuannya yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(335)

260

East, west, home's the best

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(109)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
TADIKA BAIK-BAIK SAYANG10923/2016TiadaMajlis Perbandaran SepangTiadaTiadaDBP/KPB/201902/15624Lulus12/10/201620/02/201909:13:44
TADIKA BAIK-BAIK SAYANG10922/2016TiadaMajlis Perbandaran SepangTiadaTiadaDBP/KPB/201902/15623Lulus12/10/201620/02/201909:12:32
SEPANDUK53113/2015TOLONG PERIKSA DENGAN BAIK-BAIK LAGI SEKALI. DI DALAM BANNER INI TAK ADA LETAK HARGA DAN APA ITU SPA SANTAI? INI PERMOHONAN UNTUK BANNER.Majlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201512/10108Lulus30/12/201530/12/201514:39:54
BAIK PULIH KUSYEN DAN SOFA19575/2014- BAIK PULIH KAIN SOFA DAN KUSYEN RUMAH. - BAIK PULIH KAIN KUSYEN KERETA DAN PAPAN PINTU KERETA. - BAIK PULIH KAIN BUMBUNG DAN PAPAN PEMUKA KERETA. - MENUKAR KARPET DAN MENCUCI KARPET KERETA. - MENCUCI SOFA RUMAH.Majlis Perbandaran KuantanPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201408/04507Lulus26/08/201428/08/201412:26:12
BAIK PULIH TELEFON6105/2016BAIK PULIH TELEFON DALAM MASA 30 MINIT DEVICE XPERT SERVICES (LOGO) PERKHIDMATAN BAIK PULIH SEGERA (TEMA LOGO) WWW.XPERTGADGET.MY DIMILIKI OLEH TWINTECH NETWORK (SA0246822V)Majlis Bandaraya Shah AlamBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201602/07642Lulus12/02/201612/02/201614:52:34
KEDAI BAIK PULIH ALAT TELEKOMUNIKASI32836/2017KEDAI BAIK PULIH ALAT TELEKOMUNIKASI #XPERTMajlis Perbandaran SerembanTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201705/19600Lulus29/05/201730/05/201712:05:25
PERKHIDMATAN BAIK PULIH ALAT TELEKOMUNIKASI20597/2017PERKHIDMATAN BAIK PULIH ALAT TELEKOMUNIKASIMajlis Daerah KulaiTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201704/15170Lulus10/04/201711/04/201709:19:37
KEDAI BAIK PULIH ALAT TELEKOMUNIKASI7811/2017KEDAI BAIK PULIH ALAT TELEKOMUNIKASI #XPERT iDevice Repair Specialist 06 677 0355 / 014 848 0000 DIMILIKI OLEH XPERT SENAWANG PLT(LLP0009677-LGN)Majlis Perbandaran SerembanTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201702/11779Lulus14/02/201715/02/201709:39:17
BAIK PULIH TELEFON DALAM MASA 30MINIT7042/2016BAIK PULIH TELEFON DALAM MASA 30MINITMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201602/08760Lulus23/02/201623/02/201614:45:13
KEDAI BAIK PULIH ALAT TELEKOMUNIKASI15623/2016BAIK PULIH TELEFON DALAM MASA 30 MINITMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201604/09556Lulus05/04/201605/04/201614:59:06
12345678910...

Kembali ke atas