Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ja] | باج

Definisi : bahan utk menyuburkan tanaman, yg mengandungi zat spt nitrogen, fosforus dan kalium yg dihasilkan secara semula jadi atau buatan; ~ buatan Id = ~ tiruan baja yg dibuat drpd bahan kimia; ~ campuran baja yg terdiri drpd dua atau lebih zat (nitrogen, fosforus dan kalium) yg dicampurkan secara fizikal utk memperoleh gabungan zat yg dikehendaki; ~ cecair baja dlm bentuk cecair; ~ dagang = ~ dagangan baja yg dibuat di kilang drpd bahan mentah bukan organik; ~ fosfat baja yg mengandungi fosfat, biasanya digunakan utk meningkatkan kandungan fosfat dlm tanah; ~ hijau (Tani) a) tumbuh-tumbuhan hijau yg dibajak supaya bercampur dgn tanah (tempat ditanami sesuatu jenis tanaman) dan dijadikan baja; b) baja yg belum mengalami sebarang kerosakan; ~ kandang Id baja drpd tahi lembu (kerbau, kuda, dll); ~ kimia baja yg dibuat drpd atau yg menggunakan bahan-bahan kimia; ~ kompos baja drpd sisa organik yg terurai; ~ sebatian baja yg mengandungi dua atau tiga zat (nitrogen, fosforus dan kalium) yg dihasilkan melalui proses kimia; ~ tunggal baja yg mengandungi salah satu zat, sama ada nitrogen, fosforus atau kalium;membaja, membajai membubuh baja, memberi baja: ~ tanah;pembajaan perbuatan (kerja, proses) membaja(i). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ja] | باج

Definisi : sj besi yg keras;berbaja berlapis baja, dikeraskan dgn baja; jika pisau tidak ~, makin dikikir bertambah tumpul prb jika anak tidak berpembawaan, makin diajar bertambah bodoh;membaja 1. = membajai mengeraskan besi dgn cara memanaskan dan menyejukkannya kembali: besi ini telah dibaja dan dikeraskan mengikut patutnya; 2. ki sangat keras (spt besi baja): hatinya telah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ja] | باج

Definisi : bahan penghitam gigi (drpd campuran minyak dan arang tempurung);berbaja telah dihitamkan dgn baja (bkn gigi): giginya baru wilis ~, pucat manis warnanya durja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ja] | باج

Definisi : bahan yg digunakan utk menyuburkan tanam-tanaman atau tanah; pupuk. ~ asli (alam, organik) baja yg dibuat drpd tahi binatang atau tumbuh-tumbuhan yg sudah reput. ~ buatan (kimia) baja yg dibuat drpd bahan-bahan kimia. ~ campuran baja yg terdiri drpd dua unsur baja atau lebih, mis baja organik dan baja kimia. ~ fosfat baja buatan yg di dlmnya terdapat berbagai-bagai jenis garam drpd asid fosforik. ~ hijau baja yg dibuat drpd tumbuh-tumbuhan. ~ kandang baja yg dibuat drpd tahi binatang. ~ kompos baja yg dibuat drpd campuran tumbuh-tumbuhan dan tahi binatang yg diperam dan dibiarkan reput. ~ urea baja buatan yg di dlmnya banyak terdapat ammonia dan karbon dioksida. membaja 1 menjadikan subur dgn membubuh baja; memupuk: Bapa saya sedang ~ sayur-sayuran di kebun. 2 membubuh baja pd; memupuk: ~ tanah. pembajaan perbuatan atau hal membaja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.ja] | باج

Definisi : 1 = besi ~ besi yg keras; waja; keluli. 2 ki sesuatu yg kuat dan keras (spt semangat, kemahuan). berbaja berlapis baja: Jika pisau tidak ~, makin dikilir bertambah tumpul. membaja menjadi keras sekali (spt baja). membajai mengeraskan besi (pisau dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baja

Puisi
 

Bunga kalas dibubuh baja,
     Dipetik oleh mem Serani;
Tidak terbalas budi kakanda,
     Berapa jauh datang ke sini.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Kaduk kena baja.

Bermaksud :

Orang yang tidak berguna, tetapi amat lama hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Pengedar Rasmi Baja Felda (FPM SDN. BHD.)30613/2016Pengedar Sah Baja Felda (FPM SDN. BHD.) Baja Berkualiti dan Murah H&H AGRO ENTERPRISE TEL.: 07-891 0143 / 013- 753 5491 (Hasrul)Majlis Daerah Kota TinggiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201606/12711Lulus20/06/201621/06/201607:45:21
BAJA CAP KEPALA AYAM29432/2017BAJA CAP KEPALA AYAMMajlis Daerah Kota TinggiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/16640Lulus15/05/201716/05/201713:43:47
KEDAI BAJA2776/2014KEDAI BAJAMajlis Perbandaran Ampang JayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201402/03521Lulus17/02/201418/02/201408:52:21
kedai baja dan bahan pertanian24898/2016kedai baja dan bahan pertanianMajlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201605/12768Lulus24/05/201625/05/201614:55:11
Kedai Baja Panda Layang Enterprise21658/2016Kedai Baja Panda Layang EnterpriseMajlis Perbandaran KluangKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201605/09496Lulus05/05/201605/05/201615:37:05
KEDAI BAJA M&Y PLANTATION40513/2015KEDAI BAJA M&Y PLANTATION ENTERPRISE 18,JALAN BESAR MANCHIS,28730 BENTONG,PAHANG 011-19488881 019-9422332Majlis Daerah BentongHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201510/08324Lulus13/10/201513/10/201514:12:29
KEDAI BAJA DAN PRODUK PERTANIAN31275/2014KEDAI BAJA DAN PRODUK PERTANIAN CHUAN NAM TRADING 泉南贸易Majlis Perbandaran MuarKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201412/04481Lulus10/12/201411/12/201407:17:49
kedai baja dan alatan kebun 肥料与园艺工具17780/2014kedai baja dan alatan kebun 肥料与园艺工具Majlis Daerah KulaiMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201408/03178Lulus06/08/201408/08/201415:09:12
KEDAI BAJA & ALATAN KEBUN 肥料与园艺工具17518/2014KEDAI BAJA & ALATAN KEBUN 肥料与园艺工具Majlis Daerah KulaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201408/03051Lulus06/08/201407/08/201410:43:20
Kilang Penapaian Hasil Laut dan Baja Organik47694/2015KILANG PENAPAIAN HASIL LAUT DAN BAJA ORGANIK GOH BIOTECHNOLOGY SDN. BHD.Majlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201511/09326Lulus25/11/201525/11/201514:30:35
1234

Kembali ke atas