Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = balasan a) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~; 2. membalas: suara tenang gadis itu memberi keyakinan kepadanya utk ~ berbicara; ada hujan ada panas, ada hari boleh ~ prb akan datang masanya utk membalas perbuatan jahat;berbalas 1. menjawab, menyahut: maka ~lah suara dr dlm rumah; 2. dijawab: cintanya tidak ~; 3. balas-berbalas: kedua–duanya pun ~ pantunlah;berbalas-balas balas-membalas;berbalasan berbalas, mendapat balas, bersambutan: perkataan yg demikianlah yg saya tunggu, supaya tepuk ~, supaya kesalahan berhukuman, supaya dosa bertebus;berbalas-balasan saling membalas, bersahut-sahutan: serta serdadu berbaris-barisan dgn meriam ~;membalas 1. menjawab: ~ surat; 2. memberi sesuatu sbg imbangan (tenaga dll); 3. membuat seseorang menderita atas kesalahan yg telah dilakukan: ~ kezaliman, pencerobohan, dan penindasan mengikut kadar yg telah dilakukan; ~ bidan melakukan sesuatu yg setimpal; ~ dendam memberi balas utk memuaskan hati; ~ budi = ~ guna = ~ jasa = ~ kebaikan berbuat kebaikan sbg tanda terima kasih atas kebaikan yg telah diterima; ~ sakit hati melakukan sesuatu supaya hilang rasa sakit hati; ~ salam menjawab salam; ~ serangan menyerang balik;balas-membalas saling membalas, sahut-menyahut, bersambutan;balasan 1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki;pembalasan perihal (perbuatan, tindakan) membalas;pembalas 1. orang yg membalas; 2. sesuatu yg digunakan utk membalas: inilah bingkisan ~ surat saudara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balas I

Puisi
 

Baik beralas baik tidak,
     Kain pelikat di atas peti;
Baik balas baik tidak,
     Sudah ikhlas dalam hati.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Ada hujan ada panas,
     ada hari boleh balas.

Bermaksud :

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
RAYA 201627260/2016SILA MAKLUM BALAS SECEPAT MUNGKIN, SUDAH TIDAK LULUS BANYAK KALI. TERIMA KASIH.Majlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201606/09870Lulus01/06/201602/06/201614:31:03
Avenue Child Care Centre11482/2016Terima kasih untuk maklum balas yang pantas. Berikut adalah pengubahsuaian terkini. Sila rujuk lampiran.Majlis Perbandaran NilaiPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201603/10584Lulus14/03/201615/03/201608:06:57
Tech Work & Deco Banner13846/2015KAMI MEMOHON MAKLUM BALAS DARI PIHAK DBP DENGAN SEGERA.TERIMA KASIHMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201504/07353Lulus17/04/201517/04/201515:51:04
PENJIMATAN HEBAT RIANG RAYA!22715/2015Salam sejahtera, Terima kasih untuk maklum balas dari pihak tuan. Walau bagaimanapun, kami ingin memaklumkan bahawa "Riang Raya" ialah nama kempen pemasaran / promosi kami. Oleh sebab itu kami menamakan Penjimatan Hebat "Riang Raya" dan Pesta "RTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201506/07980Lulus17/06/201517/06/201510:30:48
PEMBEKAL ALAT GANTI TRAKTOR21228/2015(SILA BERIKAN MAKLUM BALAS SEGERA)TiadaAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201506/06475Lulus03/06/201505/06/201510:37:27
PEMBEKAL ALAT GANTI TRAKTOR21226/2015(SILA BERIKAN MAKLUM BALAS SEGERA)TiadaAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201506/06451Lulus03/06/201505/06/201509:23:01
PENJIMATAN HEBAT RIANG RAYA!25435/2015Salam sejahtera, Terima kasih untuk maklum balas dari pihak tuan. Walau bagaimanapun, kami ingin memaklumkan bahawa "Riang Raya" ialah nama kempen pemasaran / promosi kami. Oleh sebab itu kami menamakan Penjimatan Hebat "Riang Raya" dan Pesta "RTiadaPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201507/07060Lulus08/07/201509/07/201507:31:29
Kejuruteraan & Penyenggaraan34875/2015As salam, Terima kasih di atas pembetulan. Sila semak permohonan terbaharu ini dan berikan maklum balas secepat yang mungkin. Sekian, terima kasih. YuswiraMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201509/07775Lulus18/09/201518/09/201514:35:40

Kembali ke atas