Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.nya/] | باڽق

Definisi : 1 besar jumlahnya: Sekarang ini ~ orang perempuan yg menjadi anggota polis. 2 jumlahnya; bilangannya: Saya tidak tahu berapa ~ wang yg disimpannya di bank. berbanyak-banyak dgn bilangan yg banyak: Patik ~ menjunjung kasih kerana anugerah tuanku kpd patik. membanyakkan menjadikan banyak: Projek ‘Buku Hijau’ bertujuan ~ bahan makanan. memperbanyak menjadikan lebih banyak: Utk ~ susu dan dagingnya, lembu itu telah dikacukkan. kebanyakan 1 sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan orang India. 2 biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3 biasa: orang ~ orang biasa. pembanyakan perihal atau perbuatan membanyakkan. sebanyak sama banyak dgn: Wang saya tidak ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak

Puisi
 

Banyak-banyak bintang tinggi,
     Ada sebiji bintang tembaga;
Banyak-banyak orang di sini,
     Ada seorang berkenan di mata.


Lihat selanjutnya...(195)
Peribahasa

Menggeriak bagai anak nangui.

Bermaksud :

Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.

 

Lihat selanjutnya...(160)

551

There's no accounting for tastes

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

I don't understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(39)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PASAR MINI TITAH MART21338/2014SEBAB NAMA INI BOLEH UNTUNG BANYAK-BANYAK.Majlis Daerah KulaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201409/03902Lulus12/09/201412/09/201415:07:51
CREATIVE47309/20151) PROMOSI Kembali ke Sekolah 2) Kami pakar dalam menjual BEG DAN PAKAIAN SEKOLAH 3) HARGA BERPATUTAN KAIN BERKUALITI 4) Ada beli ada HADIAH Banyak beli banyak HADIAHMajlis Daerah SegamatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/09102Lulus24/11/201524/11/201514:51:13
ULANG TAHUN KE-228572/2015COURTS MEGASTORE ULANG TAHUN KE-2 KAMI BELI BANYAK. ANDA JIMAT BANYAK. KEMERIAHAN BERGANDA DATANG AWAL UNTUK LEBIH PILIHAN BERMULA PADA 1 OGOS 2015 DISKAUN TUNAI HINGGA 95%Pihak Berkuasa TempatanPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201507/08151Lulus16/07/201522/07/201511:28:02
ULANG TAHUN KE-228571/2015COURTS MEGASTORE ULANG TAHUN KE-2 KAMI BELI BANYAK. ANDA JIMAT BANYAK. KEMERIAHAN BERGANDA DATANG AWAL UNTUK LEBIH PILIHAN BERMULA PADA 1 OGOS 2015 DISKAUN TUNAI HINGGA 95%Pihak Berkuasa TempatanPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201507/08149Lulus16/07/201522/07/201511:27:11
CREATIVE GARMENTS56727/20161) PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH 2) KAMI PAKAR DALAM MENJUAL BEG DAN PAKAIAN SEKOLAH 3) HARGA BERPATUTAN KAIN BERKUALITI 4) ADA BELI ADA HADIAH 5) BANYAK BELI BANYAK HADIAHMajlis Daerah SegamatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201611/12348Lulus14/11/201614/11/201614:59:26
HOTLINK BANYAK YANG PERCUMA!2325/2014BANYAK YANG PERCUMA DENGAN #HOTLINK!. MINIT IDD. INTERNET. KREDIT DAN MINITDewan Bandaraya Kuala LumpurTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201402/03369Lulus13/02/201414/02/201407:54:16
JUALAN MEGA KAUZS BIRTHDAY DAN BANYAK LAGI PRODUK17270/2017ULANG TAHUN KAUZS JUALAN MEGA DAN BANYAK LAGI.Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/18715Lulus27/03/201728/03/201708:35:39
Wajah Baru AEON BIG AMPANG Lebih banyak pilihan produk daripada dahulu!31523/2017Wajah Baru AEON BIG AMPANG Lebih banyak pilihan produk daripada dahulu!Majlis Perbandaran Ampang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/18276Lulus23/05/201724/05/201715:27:01
Wajah baru Pasaraya Besar Aeon Big Sek.23 Shah Alam lebih banyak pilihan barangan produk daripada dahulu!17333/2017Wajah baru Pasaraya Besar Aeon Big Sek.23 Shah Alam lebih banyak pilihan barangan produk daripada dahulu!Majlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201703/19295Lulus24/03/201729/03/201716:10:49
MAXIS POKEMON41634/2016BANYAK TELUR! APA NAK BUAT? TETASKAN SEMUANYA DENGAN DISKAUN 10% POKECOINS BAYAR DENGAN MAXIS/HOTLINKDewan Bandaraya Kuala LumpurTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201608/11472Lulus22/08/201623/08/201614:36:33
12345678910

Kembali ke atas