Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : serpihan (arang batu, kayu) yg bernyala dlm api yg hampir padam; batu ~ arang batu; (bagai) terpijak ~ hangat prb gelisah kerana sesuatu perkara; genggam ~ api biar jadi arang prb jika melakukan pekerjaan yg susah haruslah dgn sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti; jangan digenggam spt ~ api terasa hangat dilepaskan prb sia-sia berbuat pekerjaan yg separuh jalan, terasa penat berhenti; jejak-jejak ~ prb hampir-hampir sampai; menggeletek-geletek bagai ~ bilah prb dikatakan kpd orang yg mengada-ada; tarik puntung padamlah ~ prb apabila telah mati hilanglah daya upaya;berbara 1. mempunyai bara, merah berapi: kayu itu masih ~; 2. ki berkobar-kobar, bernyala-nyala: setahun ia menanti dgn harapan yg masih ~ di dadanya;membara 1. berapi atau panas spt bara; 2. ki berkobar-kobar, bernyala-nyala, sangat marah: hatinya ~ kerana dihina;membarai membuat jadi membara, mengobar-ngobarkan, membuat jadi marah: nyata benar ia mahu ~ hati suaminya;perbaraan, perbara tempat bara api utk membakar kemenyan;pembaraan proses menjadi panas berapi spt bara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bara I

Puisi
 

Menjual lidi ke Batu Bara,
     Menjual lokan ke Batu Pahat;
Kerana dengki punya angkara,
     Orang baik disangka jahat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Terpijak bara hangat.

Bermaksud :

Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
RESTORAN BARA BARA14200/2017MAKANAN LAUT IKAN BAKAR STIKMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201703/17255Lulus20/03/201720/03/201712:00:25
PAPAN TANDA2454/2017RESTORAN BARA BARA .IKAN BAKAR .MAKANAN LAUT .STIKMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201701/13289Lulus16/01/201717/01/201708:42:31
BUTIK DAN KAFE BARA BERE3671/2015MUDAH UNTUK DI SEBUT DAN DI INGATIMajlis Perbandaran Alor GajahButikTiadaDBP/KPB/201501/07160Lulus30/01/201530/01/201510:33:06
BUTIK DAN KAFE BARA BERE3670/2015MUDAH UNTUK DI SEBUT DAN DI INGATIMajlis Perbandaran Alor GajahButikTiadaDBP/KPB/201501/07159Lulus30/01/201530/01/201510:32:48

Kembali ke atas