Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ris] | باريس

Definisi : 1. banjar atau deret yg merupakan garis lurus (pokok, huruf, dll): dia menangis setelah membaca dua tiga ~; 2. ark = barisan pasukan: ~ Sipahi; 3. bp = berbaris: askar itu sedang ~; 4. garis, gores: perkataan yg diturunkan pd kad harus dibubuh ~ di bawahnya; 5. tanda vokal dlm bahasa Arab; ~ di atas fathah; ~ di bawah kasrah; ~ di hadapan dammah; 6. = ~ sajak deret (untaian) kata-kata yg merupakan satu bahagian drpd bait dlm sajak; ~ gilir (Komp) kumpulan atau senarai tindakan, kerja, dll yg tersusun dlm satu baris untuk diproses satu persatu; ~ laksamana garisan yg dianggap mempunyai hikmat; ~ mati tanda bunyi mati;sebaris (berada) dlm satu baris, sederet: rumahnya terletak ~ dgn rumah kakak iparnya;menyebariskan menyusun atau meletakkan sesuatu sebaris: ~ ubin di sepanjang tepi tembok;penyebarisan perihal (perbuatan, tindakan dsb) menyebariskan;berbaris 1. tersusun dlm baris-baris tertentu, berderet, berbanjar, berjajar: di kiri kanan jalan itu ~ pohon-pohon getah; 2. berdiri (berjalan dsb) beramai-ramai dlm baris tertentu: mereka sedang belajar ~; 3. mempunyai (dibubuhi) baris (garis), bergaris: ayat yg ~ di bawahnya;membaris 1. sl berdiri (berjalan dsb) beramai-ramai dlm baris yg tertentu; 2. merupakan baris; 3. menembak: kemudian ditariknya meriam, dibarisnya kpd Panglima Selampit;membarisi 1. berdiri (berjalan dsb) dlm baris-baris tertentu: orang ramai ~ jalan utk melihat perarakan itu; 2. berada dlm deretan: beberapa biji jerawat ~ hidungnya;membariskan 1. menyusun (mengatur) dlm barisan; 2. menyuruh (melatih) berjalan dlm barisan; 3. membuat baris dgn sesuatu: ia ~ dakwat merah di buku itu; 4. membubuh (meletakkan) baris (pd tulisan Arab): ~ huruf-huruf al-Quran supaya mudah dibaca; 5. mengemukakan: pengarah itu ~ artis-artis baru dlm filem arahannya; ia hanya ~ Dharmawijaya bersama-sama A. Samad Said, Salmi Manja, A. Wahab Ali, Kemala dan Jihaty Abadi;barisan 1. banjaran, deretan, jajaran: ~ bukit; 2. pasukan: ~ pemain Malaysia; ~ penyerang; 3. pertubuhan (pergerakan) yg ditubuhkan dgn tujuan dan peranan yg tertentu: B~ Pembebasan Palestin; ~ belakang pasukan yg berada di garis belakang pertempuran; ~ depan pasukan yg berada di garis depan pertempuran; ~ kehormatan pasukan utk menghormati kedatangan orang besar; ~ pemadam kebakaran Id pasukan ahli bomba; ~ teras Id pasukan induk;perbarisan 1. perihal berbaris: upacara ~ tamat latihan tentera; 2. kumpulan orang yg berbaris: memeriksa ~; ~ raksasa; ~ raksasa perbarisan yg diadakan secara besar-besaran;pembaris = kayu ~ kayu lurus bersenggat yg dipakai utk membuat baris atau mengukur sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ris] | باريس

Definisi : 1 deret yg merupakan susunan memanjang: Jarak di antara satu ~ dgn ~ lain ialah lima meter. 2 kumpulan huruf atau perkataan yg berderet dlm tulisan atau cetakan: Kamu baca muka surat 15, ~ yg ketujuh dr atas. 2 tanda bunyi dlm tulisan bahasa Arab. berbaris 1 terletak dlm baris-baris tertentu; berderet; berbanjar: Anak padi yg dicabut dr tapak semaian itu ditanam ~ di sawah. 2 berjalan atau bersenam beramai-ramai dlm baris-baris tertentu; berkawad: Selama dlm latihan, mereka diajar ~, menggunakan senjata dan juga berperang. membarisi berbaris di; mendereti. membariskan meletakkan atau mengatur berbaris; menderetkan; menjajarkan. barisan 1 apa-apa yg berbaris letaknya; susunan yg berbaris: Jangan lupa menulis tarikh di ~ bawah alamat tadi. 2 sekumpulan orang utk berperang; pasukan tentera: Maharaja Parsi telah menyusun ~ yg amat kuat utk menentang serangan dr luar. perbarisan perbuatan berbaris atau berkawad oleh pasukan tentera dsb: Utk menyambut ketibaan Presiden Giri dr India, satu ~ pasukan tentera, pasukan polis dan juga murid-murid sekolah telah diadakan. pembarisan perbuatan, hal dsb membarisi atau membariskan. pembaris alat yg digunakan utk membuat baris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baris

Peribahasa

Memahat di dalam baris,
     berkata dalam pusaka.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu menurut aturan yang semestinya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
CHE LAN ROTI CANAI SEDAP47280/2015Baris Pertama: Tulisan Jawi (CHE LAN ROTI CANAI SEDAP) dan Assalamualaikum dlm bahasa Arab Baris Kedua: CHE LAN ROTI CANAI SEDAP Baris ketiga: (Cawangan Masjid As-Salam Bukit Sentosa) Baris Seterusnya: Roti Sardin, Roti Canai, Roti Telur, Roti Bom, RotMajlis Daerah Hulu SelangorMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201511/09118Lulus24/11/201524/11/201515:39:26
BARIS A6757/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201711/16247Lulus24/07/201529/11/201716:56:21
Kelab Warga Kanan Taman Bersatu Sungai Petani Kedah32967/2016"Kelab Warga Kanan Taman Bersatu Sungai Petani Kedah" ialah nama kelab yang dipilih supaya mengandungi nama taman, nama bandar dan nama negeri. Baris kedua adalah nama kelab dalam bahasa inggeris. Baris ketiga adalah nama kelab dalam bahasa cina. BerikMajlis Perbandaran Sungai PetaniHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201607/09631Lulus11/07/201612/07/201610:00:05
UNTUK PERTANYAAN2571/2017TUAN, ENQURIES : DAN BARIS KEDUA UNTUK PERTANYAAN :Majlis Perbandaran KajangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201701/13203Lulus13/01/201716/01/201713:39:21
Public Mutual - KL46987/2016Teks baris ketiga seperti dibawah: * Dari segi jumlah saizdana yang diuruskan antara syarikat unit amanah swasta. Sumber: The Edge-Lipper, 29 Ogos 2016. *In term of total fund size managed amongst provate unit trus companies, Source: The Edge-Lipper, 2Dewan Bandaraya Kuala LumpurPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201609/11996Lulus26/09/201627/09/201608:06:53
JOM SERTAI KAMI43631/2016JOM! SERTAI KAMI ( dua baris ayat yang berbeza) emel : recruitment@vivopizza.com 016-7714800 Cik Carol Pengurus Restoran Penolong Pengurus Restoran Pelatih Pengurusan Penyelia Dapur Kru Servis/Kru DapurMajlis Bandaraya IpohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201609/09624Lulus06/09/201607/09/201607:54:31

Kembali ke atas