Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.tang] | باتڠ

Definisi : 1. bahagian pokok yg tumbuh drpd akar: tebu menyimpan gula dlm ~; 2. tangkai (cangkul, dayung, dll): ~ joran; 3. benda yg panjang: besi ~; 4. benda yg panjang dan bulat: ~ kaki; 5. penjodoh bilangan bagi benda yg panjang-panjang: se~ jalan; 6. ark bangkai, mayat; sudah menjadi ~ sudah mati; ~ air sungai; ~ bersih (Hut) batang pokok yg lurus dan tidak bercabang; ~ dacing lengan dacing (kayu panjang pd dacing yg memakai mata); ~ dayung tangkai dayung; ~ hari a) tengah hari; b) pokok aliran sungai; ~ hidung bahagian yg keras pd hidung, lembaga hidung; ~ kalam tangkai pena; ~ leher leher antara kuduk dan kepala; ~ lengan lengan bahagian atas; ~ palsu batang yg terbentuk drpd kelopak (pisang); ~ tenggorok merih; ~ tubuh a) tubuh tanpa anggota; b) diri, peribadi; se~ kara (karah, karang, kacang) tidak bersanak saudara; ada ~, cendawan tumbuh prb di mana juga kita duduk ada rezeki kita; angkat ~, keluar cacing gelang-gelang prb mengerjakan pekerjaan orang yg terbengkalai, satu faedah pun tidak diperoleh; di mana ~ terguling, di situ cendawan tumbuh prb di mana perkara berlaku, di situ pula diselesaikan; kena ~ hidung prb berasa terkena (tersindir, terhina, dll); sepuluh ~ bertindih, satu dua petalasannya prb bagaimana sekalipun perkataan yg benar itulah pangkalnya; sungguhpun ~ merdeka, ingat pucuk akan terhempas prb pekerjaan itu jangan sebahagian sahaja yg diingat, tetapi dr awal sampai ke akhirnya; terkena pd ikan bersorak, terkena pd ~ masam prb hal orang berkawan yg mahu beruntung sahaja dan tidak mahu berugi;berbatangkan mempunyai batang yg dibuat drpd unsur lain: pokok itu berbuahkan emas, ~ suasa dan berdaunkan perak;membatang menjadi batang, menyerupai batang: gedung-gedung pencakar langit ~ ke udara;batangan alangan kayu dll di muara sungai (tempat masuk ke pelabuhan dll): ada pun ~ Pahang pd masa itu dua lapis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.tang] | باتڠ

Definisi : ; membatang mengeja sambil membaca. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.tang] | باتڠ

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan dr akar hingga ke cabang atau ke dahan. 2 apa-apa yg bulat panjang: ~ leher; ~ cangkul. 3 penjodoh bilangan utk sungai. 4 penjodoh bilangan utk benda-benda yg panjang: Dlm kotak ini, ada lima ~ rokok. 5 bahagian tangkai pd cangkul (dayung dsb): ~ cangkul tangkai cangkul; ~ dayung tangkai dayung. ~ air sungai. ~ hidung a. bahagian yg keras pd hidung. b. ki diri sendiri. ~ kalam tangkai pena. ~ tubuh a. tubuh badan (tidak termasuk kaki dan tangan). b. diri sendiri; peribadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.tang] | باتڠ

Definisi : ; membatang membunyikan apa-apa yg dieja sebelumnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batang

Puisi
 

Batang ini batang nangka,
     Duduk abang pagi petang;
Badan ini badan celaka,
     Tengah berkasih bencana datang.


Lihat selanjutnya...(135)
Peribahasa

Batang jangan dibongkar-bongkar,
     takutkan cacing di bawahnya berlingkar;
lain rotan lain akar,
     walaupun sama boleh dibuat lekar.

Bermaksud :

Nasib tiap-tiap orang serupa saja, Cuma derajat (darjat) dan kedudukannya saja yang berlainan.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Forum32134/2017Berkesan melindungi pokok durian anda. Sapuan batang Mengawal Penyakit Kanker Batang Forum ialah racun kulat sistemik daripada kumpulan 'cinnamic-acid' yang menghalang sistesis glucan dan pembentukan dinding sel. Elakkan racun daripada terkenaTiadaRacun PerosakTiadaDBP/KPB/201705/19007Lulus25/05/201726/05/201713:20:35
Kilang Paip PVC dan Produk Penyambungan27420/2017Kilang Paip PVC dan Produk Penyambungan No 10072, Persiaran Mahogani Utama 2, Seksyen 4, Bandar Utama Batang Kali. 44300, Batang Kali, Selangor, MalaysiaMajlis Daerah Hulu SelangorHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/15776Lulus10/05/201712/05/201709:06:00
PEJABAT URUSAN AMR SINAR SDN BHD20084/2017Pejabat Urusan AMR Sinar Sdn. Bhd. (No. Sykt.: 1187723-T) No. 55A, Jalan Meranti 2B, Bandar Utama Batang Kali, 44300 Batang Kali, Selangor Darul Ehsan. Tel.: 03-6057 1151, 017-3516 507, 017-6141 501Majlis Daerah Hulu SelangorPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201704/14976Lulus07/04/201710/04/201709:20:49
PEJABAT URUSAN AMR SINAR SDN BHD17553/2017Pejabat Urusan AMR Sinar Sdn. Bhd. (No. Syt: 1187723-T) NO. 7A, JALAN MERANTI 2B, BANDAR UTAMA BATANG KALI, 44300 BATANG KALI, SELANGOR DARUL EHSAN. Tel.: 03-6057 1151, 017-3516 507, 017-6141 501 NO.Majlis Daerah Hulu SelangorPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201703/19169Lulus28/03/201729/03/201711:38:20
BUNTING - KINI DIBUKA BATANG BERJUNTAI51292/2016KINI DI BUKA BATANG BERJUNTAIMajlis Daerah Kuala SelangorMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201610/13513Lulus18/10/201619/10/201614:18:28
banner19989/2016KOPERASI SERBAGUNA BATANG KALI BERHAD (NO. PENDAFTARAN : 5548/1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-32 TARIKH : 15 MEI 2016 MASA : 8:30 PAGI TEMPAT : AUDITORIUM DATO' ABDUL HAMID, BANDAR UTAMA BATANG KALIMajlis Daerah Hulu SelangorHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201604/13026Lulus27/04/201628/04/201609:37:27
Poster - BK Batang Berjuntai 254089/2016HANYA DARIPADA RM4.90Majlis Daerah Kuala SelangorMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201611/10304Lulus01/11/201602/11/201609:35:33
Poster - BK Batang Berjuntai53951/2016HANYA DARIPADA RM4.50Majlis Daerah Kuala SelangorMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201611/10124Lulus31/10/201601/11/201612:34:41
SIGNAGE - BK BATANG BERJUNTAI50818/2016RESTORAN BURGER KING Dimiliki oleh: COSMO RESTAURANTS SDN. BHD. (296009-T)Majlis Daerah Kuala SelangorMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201610/12936Lulus14/10/201617/10/201608:20:01
Hari Hari Loc 56, Batang Kali ( Bunting)21305/2016Promosi Eksklusif AidilfitriMajlis Daerah Hulu SelangorMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/09257Lulus03/05/201604/05/201613:45:38
1234

Kembali ke atas