Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sesuatu yg tercium oleh hidung (spt wangi, hanyir, dll): sambil berjalan, ia menghidu-hidu ~ wangi di kemejanya; ~ setahun pelayaran sangat busuk baunya; ~ daun semberu Kl kaum kerabat yg jauh; ada ~-~ bacang ada pertalian saudara (tetapi sudah jauh); sudah tercium ~nya ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ busuk tidak berbangkai prb fitnah (celaan) yg tidak beralasan; ayam terlepas, tangan ~ tahi prb orang yg hendak mencemarkan seorang gadis tetapi tidak sampai maksud hanya beroleh malu; jauh ~ bunga, dekat ~ tahi prb berkasih-kasihan itu lebih kekal dr jauh drpd berdekatan; umpama kesturi, kerana ~ hilang nyawanya prb orang yg menunjukkan sesuatu yg berharga kpd orang yg tidak dapat dipercayai hingga mendapat bencana sendiri;sebau 1. serupa baunya; 2. ki agak serupa (sifatnya dsb), sesuai dgn, sejenis; seragam ~ sejenis (sama sifatnya), bersesuaian (antara satu sama lain); berbau 1. mempunyai bau (busuk), mengeluarkan bau (busuk): janganlah kain-kain dan sarung bantal terbiar kotor dan ~; 2. tercium bau, terhirup bau: dr jauh ~ olehku asap setanggi; 3. bersifat, mempunyai unsur: pidatonya itu ~ perkauman; 4. ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ dua prb dikatakan kpd orang yg telah berbuat kesalahan secara sulit; bakar tiada ~ prb menyatakan tidak percaya pd cerita orang; bersuris bagai pasir, ~ bagai membacang prb kejahatan yg sudah cukup bukti dan keterangan; tiada ~ telunjuk saya prb menyatakan tidak percaya pd sesuatu cerita (khabar dll); membaui 1. mencium-cium (bau), menghidu-hidu (bau): anjing itu ~ bangkai; 2. menyelidiki secara sulit, merisik, mengesani: mereka sampai ke tempat persembunyian yg tidak dapat dibaui oleh Jepun;terbau 1. tercium bau, terhidu bau: ~ oleh sang kancil harimau datang; 2. diketahui (orang), terbongkar: akhirnya ~ juga apa yg telah dibuatnya; bauan, bau-bauan segala yg berbau wangi, minyak wangi atau bunga yg harum dll: banyak digunakan kayu gaharu, setanggi, kemenyan dan jenis ~ lain;pembau (Bio) deria badan yg berfungsi utk membaui sesuatu: saluran ini menggunakan deria sentuhan, rasa, dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bau I

Puisi
 

Sungguh harum bau gaharu,
     Tidak samalah dengan cendana;
Sungguh banyak orang yang baru,
     Tidaklah sama orang yang lama.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Berbaur bagaikan muntah,
     bercerai bagaikan demam.

Bermaksud :

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Penyelesaian resdung terbaik4099/2017cawangan klang penyelesaian terbaik untuk resdung resdung boleh: menjejaskan pendengaran menghilangkan deria bau menyebabkan sakit kepala/migrain berterusan dapatkan pemeriksaan percuma di sinar permata ! 0192434888 www.sinarpermata.comMajlis Perbandaran KlangUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201701/14542Lulus24/01/201725/01/201708:40:52
Penyelesaian resdung terbaik4098/2017cawangan shah alam penyelesaian terbaik untuk resdung resdung boleh: menjejaskan pendengaran menghilangkan deria bau menyebabkan sakit kepala/migrain berterusan dapatkan pemeriksaan percuma di sinar permata ! 0192434888 www.sinarpermata.comMajlis Bandaraya Shah AlamUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201701/14541Lulus24/01/201725/01/201708:40:19
Penyelesaian Resdung Terbaik47945/2016cawangan kuala kangsar penyelesaian resdung terbaik resdung boleh menjejaskan pendengaran menghilangkan deria bau sakit kepala/ (migrain) berterusan dapatkan pemeriksaan percuma di sinar permata 0192434888 www.sinarpermata.comMajlis Daerah Kuala KangsarHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/12682Lulus29/09/201630/09/201608:29:19
Kambing Perap Barbacoa Beserta Sos Lada Hitam53612/2016Kambing Perap Barbacoa Beserta Sos Lada Hitam Kambing Perap Sejuk Beku No.1 di Lembah Klang Tanpa Bau Hamis 100% Bumiputera Promosi Percuma 1 dengan setiap pembelian 3 kotak Terhad untuk 500 orang pertama 013-201 5571 *Tertakluk pada terPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/15342Lulus28/10/201631/10/201609:37:33
Kambing Perap Barbacoa Beserta Sos Lada Hitam52806/2016Kambing Perap Barbacoa Beserta Sos Lada Hitam Kambing Perap Sejuk Beku No.1 di Lembah Klang Tanpa Bau Hamis Promosi Percuma 1 dengan setiap pembelian 3 kotak Sah hingga 30 November 2016 012-3130551 100% Bumiputera Tertakluk pada terma daPihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201610/14452Lulus25/10/201625/10/201614:04:52
Kambing Perap Barbacoa Beserta Sos Lada Hitam52726/2016Kambing Perap Barbacoa Beserta Sos Lada Hitam Kambing Perap Sejuk Beku No.1 di Lembah Klang Tanpa Bau Hamis Promosi Percuma 1 dengan setiap pembelian 3 kotak Sah hingga 30 November 2016 012-3130551 Tertakluk pada terma dan syarat NyahfroPihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201610/14720Lulus25/10/201626/10/201614:41:28
Perkhidmatan Cucian Karpet45286/2015Kami Menyediakan Perkhidmatan Cucian Karpet Dengan harga Berpatutan! Keistimewaan Perkhidmatan Kami: Menghilangkan Segala Kekotoran Hingga 90%. Menaikkan Semula Warna Karpet Asal. Menghilangkan Bau Karpet Selepas Dicuci dan Karpet Berbau Wangi. AMajlis Perbandaran NilaiMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/07165Lulus09/11/201511/11/201508:47:36
Perkhidmatan Cucian Karpet44673/2015Kami Menyediakan Perkhidmatan Cucian Karpet Dengan harga Berpatutan! Keistimewaan Perkhidmatan Kami: Menghilangkan Segala Kekotoran Hingga 90%. Menaikkan Semula Warna Karpet Asal. Menghilangkan Bau Karpet Selepas Dicuci dan Karpet Berbau Wangi. AMajlis Perbandaran NilaiPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201511/07055Lulus09/11/201509/11/201512:19:28
Glade Car33166/2014Glade memahami, kita semua memiliki tabiat tersendiri. Walau apa-apa jua persediaan memandu anda, ada satu cara untuk menikmati perjalanan. Pewangi direka khas untuk perjalanan anda. Ilham daripada detik terindah di dunia. Menghapuskan bau dan menyegMajlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/06098Lulus30/12/201430/12/201409:26:53

Kembali ke atas