Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian badan di sebalik dada, bahagian yg dianggap sbg lawan hadapan: orang itu kena tikam di ~nya dgn pisau; ~ parang a) bahagian yg tidak tajam (lwn mata); b) Kl orang yg bodoh; ~ tangan lwn telapak tangan; 2. tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: surut ke ~; 3. (pd) masa yg terkemudian (terakhir): ia yg datang paling ~; bayarannya ~ kira; ~ hari kemudian hari (kelak); ~ kapal buritan; ~ parang lagi (kalau) diasah nescaya tajam prb biar bodoh sekalipun, kalau belajar nescaya akan pandai juga; balik ~ lain bicara prb kalau berjauhan, lain perbuatannya (merugikan dll kawan); di belakang 1. di tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: rumahnya ~ rumah saya; ia berdiri ~ pintu; 2. kemudian, kelak, sesudah(nya): kesusahan hitung ~; akan menyusul suratku ~; ~ mata (bila orang) tidak melihat, dgn tidak dilihat orang; ke belakang 1. ke jurusan belakang (surut, mundur, dll): menoleh ~; 2. ke bahagian belakang rumah (ke dapur dll): ia minta diri pergi ~ utk menjemput isterinya; 3. bh buang air besar atau kecil: saya hendak ~ sekejap; mengebelakangkan 1. menempatkan ke belakang, memundurkan: jam itu dikebelakangkan kerana 10 minit cepat jalannya; 2. mensia-siakan, tidak mengendahkan (mempedulikan dll): apabila kau sudah besar dan berpangkat, ibu bapa janganlah dikebelakangkan; terkebelakang, terbelakang 1. ketinggalan, tercicir, kurang maju: aku hendak meninggikan taraf orang kampung yg sangat ~ itu; 2. terakhir, terkemudian: berita yg ~ diterima hari ini;berbelakang-belakangan saling mengarahkan bahagian belakang (tubuh, rumah, dll), lwn berhadap-hadapan: mereka berdiri ~ mempertahankan diri; rumah teres itu ~; membelakang 1. dgn belakang ke (duduk, berdiri, dll): ia duduk ~ ke pintu; 2. berada (tinggal) di belakang: jangan kamu ~ saja; membelakangi 1. mengarahkan belakang kpd, lwn menghadapi: Tahir duduk ~ teman-temannya dlm bilik itu; 2. mensia-siakan, tidak menghiraukan: walaupun ia suka akan kesenangan dunia tetapi tidak pernah ia ~ ajaran Tuhan; belakang-membelakangi saling membelakangi, saling menghalakan belakang kpd yg lainnya: Salmah dan Md. Nor ~ antara satu sama lain;membelakangkan 1. = memperbelakangkan menempatkan di belakang, lwn mendahulukan: saya tidak meminta supaya didahulukan, tetapi saya tidak pula hendak dibelakangkan; 2. mensia-siakan, meninggalkan, tidak menghiraukan: mereka ~ janji; belakangan 1. = kebelakangan = ~ ini sejak masa-masa yg kemudian ini, akhir-akhir ini: pergolakan di Indonesia ~ ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya; 2. kesudahannya, akhirnya, kemudian: mula-mula ia menolak, tetapi ~ menerima juga tawaranku; 3. Jk (lebih) belakang: siapa yg datang ~ tidak mendapat apa-apa;keterbelakangan perihal terbelakang: Raffles mengakui bahawa keadaan ini dianggap sbg ~ intelek penduduk Melayu dan Indonesia; pembelakangan 1. perihal (perbuatan) membelakangi atau membelakangkan; 2. Mn belakang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belakang I

Puisi
 

Ikan sengat ikan sembilang,
     Tebuk belakang ambil hati;
Kus semangat abang seorang,
     Tolak belakang ada ganti.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam.

Bermaksud :

Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Ortopedik, tulang belakang & kecederaan sukan (Orthopeadic Spine & Sports Injury)42525/2016Ortopedik, tulang belakang dan kecederaan sukan (Orthopeadic Spine and Sports Injury) • Artroplasti (Arthroplasty) • Perubatan sukan (Sports medicine) • Tulang belakang degeneratif dan penyakit sendi (Degenerative spine and joint diseases) • PembedMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201609/08937Lulus30/08/201601/09/201610:35:32
TERAPI PEMBETULAN TULANG BELAKANG& PINGGUL51173/2016PENYAKIT TULANG BELAKANGPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/13825Lulus20/10/201620/10/201614:56:03
BAJU SOKONGAN TULANG BELAKANG22424/2017PANTAS MELEGAKAN TULANG BELAKANG ANDA MEMBETULKAN POSTUR TUBUH YANG BENGKOKMajlis Perbandaran SerembanPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201704/16769Lulus14/04/201718/04/201708:45:55
BAJU SOKONGAN TULANG BELAKANG22421/2017PANTAS MELEGAKAN TULANG BELAKANG ANDA MEMBETULKAN POSTUR TUBUH YANG BENGKOKMajlis Perbandaran SerembanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/16767Lulus14/04/201718/04/201708:45:24
alami keselesaan tulang belakang4757/2017alami keselesaan tulang belakang sebenar dengan tilam chiro dreamlandMajlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201701/14598Lulus24/01/201725/01/201709:10:09
PUSAT RAWATAN SAKIT TULANG BELAKANG15959/2015PUSAT RAWATAN SAKIT TULANG BELAKANGMajlis Bandaraya Petaling JayaPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201504/08610Lulus27/04/201528/04/201515:31:45
PUSAT RAWATAN SAKIT TULANG BELAKANG15958/2015PUSAT RAWATAN SAKIT TULANG BELAKANGMajlis Bandaraya Petaling JayaPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201504/08609Lulus27/04/201528/04/201515:31:15
Iklan belakang49073/2016PUSAT TUISYEN INSPIRASI DIMILIKI OLEH: PUSAT TUISYEN INSPIRASI * Tuisyen 补习 * Bimbingan kerja rumah 功课辅导 * Penjagaan harian 安亲 * Program semasa cuti 假期计划 NO. LESEN MPSJ:Majlis Perbandaran Subang JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201610/11430Lulus05/10/201606/10/201616:19:26
Iklan Belakang40313/2015Maaf. Ini juga perlu.Majlis Perbandaran Subang JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201510/08058Lulus09/10/201512/10/201508:44:43
IMU_Sakit belakang4558/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201502/04685Lulus04/02/201505/02/201511:22:42
12345678910

Kembali ke atas